Umat tanpa Gereja sekadar idealistik bukan realiti

Paus Fransiskus menerangkan bagaimana para rasul menginjil umat suatu ketika dahulu iaitu dengan memberitahu sejarah umat Tuhan semasa memimpin Misa hariannya.

May 22, 2014

VATIKAN: Paus Fransiskus menerangkan bagaimana para rasul menginjil umat suatu ketika dahulu iaitu dengan memberitahu sejarah umat Tuhan semasa memimpin Misa hariannya.

Kata Sangti Papa, umat Kristian akan sukar memahami rencana penyelamatan Tuhan tanpa mengetahui sejarah Gereja terlebih dahulu.

“Agama Kristian bukanlah sebuah institusi persendirian tetapi ia adalah kepunyaan kepada sekumpulan orang iaitu Gereja,” ujar Bapa Suci dalam khutbahnya pada Mei 15 lalu.

“Seorang Kristian tanpa gereja hanyalah sebuah idealistik, bukan realiti,” tegas Paus.

Prelatus itu memetik pembacaan pertama pada hari tersebut yang dipetik dari Kisah Para Rasul di mana Paulus berkhutbah di Antiokia di mana rasul itu pada mulanya, menceritakan sejarah penyelamatan umat Israel.

“Setiap ajaran Yesus bukanlah kosong sebaliknya diiringi dengan sejarah penyelamatan tersebut, di mana bermulalah kisah perjalanan penyelamatan. Anda tidak akan memahami agama Kristian tanpa melihat sejarah ini terlebih dahulu. Anda tidak akan dapat memahami Yesus Kristus jika anda tidak memahami sejarah ini terlebih dahulu,” lafaz Bapa Suci.

“Yesus Kristus bukannya adi wira yang turun dari langit untuk menyelamatkan kita. Yesus Kristus yang kita sembah mempunyai sejarah. Benar, Tuhan mempunyai sejarah kerana Dia mahu berjalan bersama kita. Dan anda tidak akan dapat memahami Yesus Kristus tanpa sejarah itu.”

Paus Fransiskus kemudiannya menghuraikan bahawa tanpa sejarah Kristian, sesebuah bangsa atau Gereja “tidak dapat difahami” kerana ia seperti benda yang dikaji dalam sebuah makmal, sebuah perkara yang dibuat-buat, tidak tulen dan tidak memberikan kehidupan.

Sambil menekankan kepentingan sejarah, Uskup Roma itu menyeru umat Kristian akan sentiasa mengingati sejarah perjalanan iman umat Tuhan kerana ia merupakan memori hidup Gereja.

“Ke manakah umat Tuhan itu pergi? Mereka menuju ke tanah terjanji. Umat itu berjalan menuju ke kepenuhan, umat yang terpilih yang dijanjikan dengan masa hadapan dan berjalan menuju kepenuhan janji tersebut.”

Prelatus itu juga menerangkan bagaimana seseorang umat dapat terus mengingati sejarah penyelamatan itu adalah dengan sentiasa memohon berkat ‘diingatkan’ melalui memorinya. Juga sentiasa mengikuti jalan Tuhan serta memperbaharui perjanjian dengan Tuhan.

“Orang yang setia dengan perjanjian Tuhan ialah mereka yang sentiasa mengatakan "Ya, saya mahu mengikut Engkau" dan merayakan perjanjian itu setiap hari melalui Misa. Maka orang itulah lelaki dan wanita Ekaristi,” terang Bapa Suci. --CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments