UNIFOR rai sambutan ulang tahun Ketua Menteri Sarawak

Bersempena sambutan ulang tahun ke-85 Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Sarawak, Unit Bagi Agama Lain-lain (UNIFOR) menganjurkan majlis perjumpaan badan agama bukan Islam untuk upacara kesyukuran pada 8 Oktober.

Oct 16, 2021


KUCHING:
Bersempena sambutan ulang tahun ke-85 Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Sarawak, Unit Bagi Agama Lain-lain (UNIFOR) menganjurkan majlis perjumpaan badan agama bukan Islam untuk upacara kesyukuran pada 8 Oktober.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Uskup Agung Kuching, Simon Poh, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ik Pahon Joyik, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan iaitu Dato Sri Prof Sim Kui Hian, Pembantu Menteri Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Datuk Liwan Lagang, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak iaitu Dato Gerawat Gala, dan pemimpin-pemimpin agama lain. Menteri yang bertugas di UNIFOR, Uggah berkata, Taib berperanan dalam membangun perpaduan dan keharmonian antara kaum serta kestabilan politik dalam masyarakat pelbagai agama dan budaya di Sarawak.

“Walaupun terdapat perbezaan agama dan kaum, Sarawak hari ini adalah teladan perpaduan, keharmonian dan kestabilan. Perhimpunan ini mencerminkan keterangkuman, keharmonian, perpaduan, kestabilan, dan kemajuan di Sarawak. Seperti kata pepatah, ‘semakin banyak jambatan yang dibina, semakin sedikit ruang untuk ketakutan dan prasangka antara kita’.”

Mewakili umat Kristian di Sarawak, Uskup Agung Poh mengucapkan doa kesyukuran dan terima kasih kepada Ketua Negeri yang memimpin Sarawak, dan meminta agar Tuhan mengurniakan rahmat kebijaksanaan dan kesihatan yang baik kepadanya. Uskup Agung selanjutnya berdoa agar Taib terus memimpin negeri ini menuju jalan harmoni dan perpaduan.

“Di bawah pimpinannya, Sarawak akan terus menjadi model “masyarakat yang hidup berdampingan dan harmoni untuk seluruh Malaysia.”

Uggah menekankan bahawa pemerintah negeri akan terus menyokong agama-agama bukan Islam di Sarawak melalui UNIFOR dan berharap semua akan mendorong dan menyokong demi Sarawak yang harmoni dan bersatu. Selain penganut Kristian, para pemimpin Buddha, Sikh, Tao, dan Hindu berdoa, bernyanyi dan membaca Kitab Suci masing-masing serta mengisi acara ini dengan doa kesyukuran dan kesihatan yang baik bagi Ketua Negeri.

Ramai yang hadir tersentuh dan terharu dengan doa-doa yang dipanjatkan untuk Taib dan menganggapnya sebagai pengalaman istimewa bagi Sarawak, sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan kesatuan dan hidup bersama dalam keharmonian. — sumber Today’s Catholic

Total Comments:0

Name
Email
Comments