Uskup Cornelius pimpin Misa untuk anggota polis

Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau (IPD) meraikan Hari Polis ke-217 di Pusat Ziarah Keluarga Kudus, Nulu Sosopon pada April 28 lalu.

May 18, 2024


KENINGAU: Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau (IPD) meraikan Hari Polis ke-217 di Pusat Ziarah Keluarga Kudus, Nulu Sosopon pada April 28 lalu.

Seramai 260 anggota polis yang diketuai oleh OCPD Superitendan Yumpil Anak Garai hadir dalam Misa Kudus yang dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong.

Bapa Uskup Cornelius yang menyambut ulang tahun episkopalnya yang ke-31 baru-baru ini, menjelaskan bahawa kesatuan itu penting kerana ia memperkuat tubuh Kristus dan menjadikan kehidupan kita sebagai Kristian, lebih indah.

Oleh itu, bagaimana menjalin kesatuan dengan Yesus? Prelatus itu menjelaskan, melalui Ekaristi, doa peribadi dan pelayanan kita kepada Gereja dan sesama seraya menambah kesatuan denganYesus akan membantu anggota polis menjalankan tanggungjawab mereka dengan berani dan adil.

OCPD IPD Keningau Superitendan Yumpil Anak Garai dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Uskup Cornelius Piong kerana sudi merayakan Misa Kudus sempena hari polis tersebut.

“Hari Polis ini diadakan bukan sahaja untuk merayakan anggotaanggota, tetapi juga agar mempererat kerjasama di antara polis dan masyarakat sejajar dengan tema Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu “Polis dan Masyarakat berpisah tiada,” ujar ketua IPD Keningau itu.

Uskup Cornelius Piong dalam ucapannya juga mengatakan, “Terima kasih kepada kamu (anggota polis), sekiranya kamu tiada, mungkin kami tidak akan dapat hidup aman dan damai.” — Juanis

Total Comments:0

Name
Email
Comments