Uskup Sandakan tahbis Riki Boy sebagai diakon

Seorang pemuda tempatan yang dilahirkan di Kg Penimbanan Baru, Jalan Sapi, Nangoh, Ricki Boy Hasim, 32, telah ditahbis sebagai diakon pada Hari Raya Besar Kristus Raja yang lalu, oleh Uskup Julius Dusin Gtiom di Katedral St Mary, Sandakan.

Dec 06, 2024


Evelyn Jock

Seorang pemuda tempatan yang dilahirkan di Kg Penimbanan Baru, Jalan Sapi, Nangoh, Ricki Boy Hasim, 32, telah ditahbis sebagai diakon pada Hari Raya Besar Kristus Raja yang lalu, oleh Uskup Julius Dusin Gtiom di Katedral St Mary, Sandakan.

Rev Ricki yang dilahirkan pada Oktober 23, 1992 dan dibaptis di Gereja St Peter, Pamol, menerima Perjamuan Kudus dan Penguatannya di paroki St Martin Telupid.

Selepas Tingkatan 6 di SMK. Telupid (2011), Ricki mendapat pekerjaan di ladang kelapa sawit dan menjadi Trainning Field Assistant selama empat tahun di Wilmar Plantation di Ladang Terusan 1.

Panggilannya menjadi paderi bermula pada tahun 2012 apabila beliau melihat mendiang Fr Jasery Gabuk yang merayakan dua Misa di dua buah Gereja kecil di paroki St Martin dan mendengar pengakuan meskipun sangat keletihan.

Sejak itu, Ricki memanggil panggilannya sebagai “mimpi yang aneh”.

Apabila dia memberitahu keluarganya bahawa dia ingin menjadi paderi, ibunya gembira namun bapanya agak ragu-ragu.

Ricki menyertai seminari sebagai Aspiran Rumah Pembentukan Aspiran Kota Kinabalu (2016).

Kini selepas lapan tahun, pada November 20, 2024, Ricki menerima Upacara Penerimaan Calon Diakon dari Uskup Julius di Katedral St Mary.

Kemudian, pada November 24, semasa pentahbisan Ricky sebagai diakon, Uskup Julius mengatakan pentahbisan diakon Ricky adalah hari rahmat bagi Keuskupan Sandakan. Prelatus itu menyeru umat agar menyokong dan mendoakan Diakon Ricki agar beliau akan terus berkata ‘Ya’ untuk menjadi paderi.

Uskup Julius juga berterima kasih kepada keluarga Ricki dan semua orang yang telah memainkan peranan dalam pembentukannya. Kehadiran umat dari pelbagai paroki Keuskupan Sandakan menunjukkan semangat berjalan bersama mereka sebagai Gereja Sinodal.

Total Comments:0

Name
Email
Comments