Vatikan jelaskan panggilan telefon Bapa Suci kepada wanita bercerai

Khabar angin mengatakan Paus Fransiskus menelefon seorang wanita bercerai dan berkahwin semula serta Paus mengizinkan dia untuk menerima Komuni, tersebar hingga ke luar Vatikan sehingga menimbulkan kebingungan.

May 02, 2014

VATIKAN: Khabar angin mengatakan Paus Fransiskus menelefon seorang wanita bercerai dan berkahwin semula serta Paus mengizinkan dia untuk menerima Komuni, tersebar hingga ke luar Vatikan sehingga menimbulkan kebingungan.

Dengan segera, Jurucakap Vatikan, Fr Federico Lombardi membetulkan dan menjelaskan perkara sebenar. Jabatan Akhbar Vatikan juga mengeluarkan surat peringatan kepada media mengenai hal ini.

Vatikan mengatakan bahawa Paus Fransiskus mungkin ada menelefon kepada Jaqueline Lisbona, seorang wanita Argentina yang menulis kepadanya tentang status perkahwinannya dan sama ada dia boleh menerima Komuni atau tidak. Namun Vatikan menegaskan bahawa perbualan yang didakwa tersebut tidak boleh diklasifikasikan sebagai benar dan sahih.

Jaquelina Lisbona, 47, dan Julio Sabetta, 50, dari San Lorenzo tinggal bersama sejak 1974. Julio pernah berkahwin dalam Gereja Katolik tahun 1985, tetapi bercerai secara sivil pada tahun 1994. Dengan Jaqueline, mereka dikurniai dua orang anak, Candela (17) dan Josefina (14). Anak-anak itu telah dibaptis dan menerima Komuni pertama.

Enam tahun lalu, semasa persiapan Candela untuk menerima Sakramen Krisma, Paderi pada ketika itu mengatakan kepada Jaquelina bahawa dia tidak boleh menerima Komuni kerana status perkahwinannya.

September lalu, didorong oleh seorang teman, dia memutuskan untuk menulis surat kepada Paus Fransiskus tentang situasinya dan keinginannya untuk menerima Komuni.

Kisah ‘izin’ Paus kepada Jaquelina untuk menerima Komuni diposting oleh Sabetta pada halaman Facebooknya. Menurut Sabetta, Fransiskus telah memberi kebenaran isterinya menerima Komuni di Paroki.

Cerita ini awalnya diambil oleh radio tempatan “La Red,” dan akhbar “La Capital” sehinggalah tersebar ke seluruh dunia.

Seorang Paderi dari Gereja San Lorenzo, Fr Jose Ceschi menyatakan bahawa, “Saya gembira apabila mengetahui bahawa Sangti Papa membuat panggilan kepada seseorang di San Lorenzo. Saya percaya beliau membuat panggilan tersebut tetapi saya tidak percaya Paus memberi keizinan kepada wanita itu untuk menerima Komuni.

“Mustahil Paus memberi keizinan kepada wanita itu untuk menerima Komuni kerana Paus Fransiskus amat berpegang kepada perintah Yesus. Sekali lagi, saya tidak percaya Paus bertindak tanpa merujuk kepada Uskup di dioses,” tegas Fr Lorenzo. -- CNA

Total Comments:0

Name
Email
Comments