Vatikan soroti peranan wanita banteras kelaparan
Marcela Villarreal, Pengarah Bahagian Kemampanan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), memberitahu Radio Vatikan bahawa jika wanita di kawasan luar bandar mempunyai akses yang sama dan diberi peluang sama adil seperti kaum lelaki, mereka boleh menyumbang sumber produktif dalam bidang pertanian yang akan mencegah kelaparan dunia.
Jun 02, 2023

VATIKAN: Marcela Villarreal, Pengarah Bahagian Kemampanan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), memberitahu Radio Vatikan bahawa jika wanita di kawasan luar bandar mempunyai akses yang sama dan diberi peluang sama adil seperti kaum lelaki, mereka boleh menyumbang sumber produktif dalam bidang pertanian yang akan mencegah kelaparan dunia.
Marcela merupakan salah seorang pen-yampai sesi konferensi sehari di Roma yang didedikasikan untuk meninjau peranan penting wanita dalam pembangunan, bertempat di Universiti Kepausan Gregorian, Roma.
Konferensi itu memfokuskan potensi wanita untuk menjadi agen perubahan sejati, dan mengubah sistem makanan yang lebih baik pada masa ini.
Data PBB baru-baru ini memberitahu kita bahawa wanita yang bekerja di sektor pertanian mewakili lebih dari seperempat penduduk dunia. Di negara membangun, angka itu mencapai 43 peratus dari seluruh tenaga kerja pertanian.
Statistik ini turut diulangi oleh Sri Paus Fransiskus yang mahukan hak dan memperkasa wanita di desa-desa demi kebaikan bersama.
Prelatus itu pernah menekankan hal ini dalam pesannya sempena Hari Nadi Sedunia 2021, di mana beliau menyatakan wanita di pedalaman mengajar kita untuk berusaha, berkorban, hidup berdampingan dengan sesama dan tidak bergantung pada orang lain.
Namun, meskipun wanita di desa sama produktif dan giat seperti pekerja lelaki, mereka menghadapi banyak kesukaran, termasuk hakikat bahawa pekerjaan mereka tidak diakui dan seringkali tidak dibayar.
Konferensi sehari ini bekerjasama dengan Misi Tetap Takhta Suci untuk Badan PBB bagi Makanan dan Pertanian pada Mei 21, bertujuan memperkasakan wanita dan peranan mereka dalam kelangsungan makanan yang boleh mencegah kelaparan dunia.
Marcela menjelaskan bahawa kajian FAO menunjukkan “jika wanita di kawasan luar bandar mempunyai akses kepada sumber produktif yang sama dalam pertanian yang sudah dimiliki lelaki, tidak kira betapa miskinnya kawasan luar bandar, akses yang sama kepada sumber produktif itu akan segera meningkatkan pengeluaran pertanian, produktiviti pertanian dan dengan serta merta, bilangan orang lapar di dunia akan berkurangan.
Menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai “sumber daya produktif dalam pertanian,” ia merujuk kepada tanah, teknologi dan semua keperluan yang diperlukan untuk produksi pertanian.”
“Kami telah melihat bahawa dengan serta-merta, sebaik sahaja negara-negara mempunyai dasar atau polisi yang baik untuk memastikan bahawa wanita mempunyai akses yang mereka perlukan kepada sumber yang produktif, dengan serta-merta kita dapat melihat peningkatan dalam kesejahteraan keluarga, pemakanan kanak-kanak, kesejahteraan seluruh masyarakat dan juga pengurangan kelaparan yang sangat ketara.” --media Vatikan
Total Comments:0