Vatikan umum Logo rasmi Tahun Jubli 2025

Logo rasmi Jubli yang akan dirayakan pada 2025, telah diperkenal dan diumumkan dalam sidang akhbar yang diadakan pada 28 Jun 2022, di Sala Regia Istana Apostolik Vatikan.

Jul 01, 2022


VATIKAN: Logo rasmi Jubli yang akan dirayakan pada 2025, telah diperkenal dan diumumkan dalam sidang akhbar yang diadakan pada 28 Jun 2022, di Sala Regia Istana Apostolik Vatikan.

Dewan Kepausan untuk Penginjilan Baharu, yang kini di bawah naungan Dikasteri untuk Evangelisasi, telah diamanahkan bagi menyelaras persiapan Takhta Suci untuk Tahun Suci 2025 dengan moto: “Penziarah Harapan.”

Mantan Presiden Dewan Kepausan, Uskup Agung Rino Fisichella, mengatakan sebanyak 294 penyertaan mencipta logo tahun jubli 2025, telah diterima dari 213 bandar dan 48 negara berbeza, dengan peserta yang berusia dari enam hingga 83 tahun.

Pemenang pencipta logo Tahun Jubli 2025, Giacomo Travisani, mengatakan inspirasinya tercetus dengan membayangkan semua orang bergerak ke hadapan bersama-sama, dengan dibantu angin Harapan iaitu Salib Kristus dan Kristus sendiri.

Logo menunjukkan empat figura yang melambangkan sesama manusia dari empat penjuru bumi.

Mereka masing-masing memeluk satu sama lain, menunjukkan perpaduan dan persaudaraan. Figura pertama berpaut pada Salib. Gelombang yang mendasarinya bergelora untuk menunjukkan bahawa ziarah kehidupan tidak selalunya tenang.

Bahagian bawah Salib berbentuk sauh, yang menandakan keadaan di bumi adakalanya tidak dijangka, dan Salib adalah sauh yang menguasai pergerakan ombak.

Logo ini juga menunjukkan bagaimana perjalanan ziarah bukan bersifat individual, sebaliknya komunal, dengan tanda-tanda dinamika yang semakin meningkat, yang semakin bergerak ke arah Salib. — Berita Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments