Yesus berjalan bersama ku dalam susah dan senang

Saya Fiona Liew Siew Ping, berasal dari Tamparuli, Sabah, mengikuti IKD di Gereja Holy Trinity Tawau pada April 2013.

May 08, 2014

Perkongsian Iman
Saya Fiona Liew Siew Ping, berasal dari Tamparuli, Sabah, mengikuti IKD di Gereja Holy Trinity Tawau pada April 2013.

Sepanjang mengikuti IKD, banyak perubahan yang berlaku dalam diri saya yang memberi kekuatan dalam hidup saya.

Pada mulanya saya tidak beragama dan banyak mendengar ajaran-ajaran dari gereja-gereja lain tetapi tidak ada satu pun dari gereja tersebut dapat membuka hati saya untuk mengenal Tuhan. Pada Jan 16, 2013, perkahwinan saya diberkati dalam Gereja Katolik dan kedua-dua anak saya turut dibaptis. Dari situ tergerak hati saya untuk mendaftarkan diri dalam IKD pada tahun itu juga.

Benar kata pembimbing IKD pada waktu itu yang mengatakan bahawa banyak rintangan yang kami akan lalui dalam pembelajaran IKD kerana Iblis tidak mahu saya mengenali Juruselamat.

Saya masih ingat peristiwa di mana anak demam panas yang teruk sehingga tidak dapat menghadiri Kelas IKD. Saya menghantar SMS dan memberitahu kepada salah seorang pembimbing tentang masalah ini. Dia memberi saya satu doa untuk didoakan kepada anak saya. Syukur dan puji Tuhan, demam panas anak saya turun menjadi normal. Dari situ iman saya bertambah dan saya mendapat sukacita yang besar dalam hidup saya setelah saya mengenal siapa itu Yesus.

Sebagai seorang suri rumah, banyak cabaran yang perlu saya hadapi tetapi saya percaya Tuhan tidak akan meninggalkan dan sentiasa berada di sisi saya.

Total Comments:0

Name
Email
Comments