YMG-30 — Hello Jesus!

Tim Penganjur YMG di Paroki Holy Trinity Tawau, sekali lagi telah menjalankan program Youth Monthly Gathering (YMG) kali ke-30 yang bertema "Hello Jesus".

Apr 17, 2014

TAWAU: Tim Penganjur YMG di Paroki Holy Trinity Tawau, sekali lagi telah menjalankan program Youth Monthly Gathering (YMG) kali ke-30 yang bertema "Hello Jesus". Program ini mengajak kaum muda untuk melibatkan diri dalam program belia anjuran Gereja.

YMG yang merupakan program bulanan merupakan salah satu platform bagi kaum muda untuk berkongsi maklumat dan memupuk semangat persahabatan. YMG kali ke-30 kali ini memilih tema, "Hello Jesus" yang membawa para belia merenung persiapan menyambut hari Kebangkitan-Nya. Seramai 50 orang belia hadir ke pertemuan ini. Selepas taklimat ringkas, para belia dalam suasana doa dan hening beratur berdua-duaan sambil menyanyikan lagu “Sentuh Hati ku”.

Dalam suasana doa, mereka melangkah naik ke bilik atas dewan dan disambut dengan pemberian skrol di hadapan pintu masuk sebelum mengambil tempat duduk masing- masing.

Seterusnya, sebelum sesi bermula, semua belia diajak berlutut bagi doa pembukaan. Program YMG dimulakan dengan dua tayangan video tentang 10 pesanan Cinta Kasih Yesus kepada umat-Nya, iaitu 10 perintah Tuhan dan klip video Yesus tyang idak pernah meninggalkan kita.

Selepas itu, para belia diminta membuka skrol yang diterima oleh mereka semasa di pintu masuk. Srol tersebut merupakan surat daripada Yesus. Setelah para belia membaca dan merenung inti pati surat Yesus, mereka dikehendaki untuk membalas surat tersebut sesuai dengan pengalaman peribadi mereka.

Selesai menulis surat, rakan belia bersama- sama melutut dan menyerahkan ungkapan peribadi mereka melalui doa dalam sesi penyerahan.

Selesai sesi penyerahan, Selvia menyampaikan katekesis singkat antaranya ajakan untuk mempraktikkan Ajaran Gereja Katolik dalam kehidupan seharian agar menjadi tauladan kepada masyarakat . Sebelum bersurai, dalam sesi “Speak Up” atau sesi perkongsian, belia berbicara dengan sesama tentang hasil yang telah mereka capai melalui YMG ke-30 ini.

Antara yang dikongsikan ialah perasaan mereka setelah menyertai YMG dan tekad mereka dalam mempraktikkan ajaran Yesus dalam kehidupan seharian. YMG diakhiri dengan Doa Penutup yang dipimpin oleh Sdri Esther diikuti dengan minum petang di kantin Gereja. — Fettwinda Sipaan

Total Comments:0

Name
Email
Comments