Fransiskus ke Chile di tengah kemelut kredebiliti Gereja

Paus Fransiskus telah memulakan kunjungan tiga hari ke Chile, di mana prelatus tersebut menumpukan usahanya baghi membantu komuniti Katolik tempatan memulihkan kepercayaan terhadap Gereja selepas terjadinya isu skandal menyedihkan yang dilakukan oleh klerus.

Jan 19, 2018

SANTIAGO, Chile: Paus Fransiskus telah memulakan kunjungan tiga hari ke Chile, di mana prelatus tersebut menumpukan usahanya baghi membantu komuniti Katolik tempatan memulihkan kepercayaan terhadap Gereja selepas terjadinya isu skandal menyedihkan yang dilakukan oleh klerus.

Meskipun kedatangan Sri Paus dialualukan dengan senyuman daripada kanakkanak yang membawa bunga, serta sekumpulan belia yang memakai topi hijau ketika tiba di lapangan terbang antarabangsa Santiago, selepas menempuh 16 jam penerbangan tetapi kunjungan Sri Paus pada 15-18 Jan itu tidak dapat lari dari kritikan serta bantahan.

Fransiskus menerima kritikan pedas kerana melantik Uskup Juan Barros Madrid sebagai ketua keuskupan Osomo di mana Msgr Juan telah dituduh menyembunyikan perbuatan jahat Fr Fernando Karadima pada tahun 1980-an dan 90-an.

Sebelum kedatangan Sri Paus ke Chile, tiga Gereja Katolik telah diletupkan dengan bom dengan nota, “Bom seterusnya akan berada di dalam jubah anda.”

Malah, penduduk Katolik tempatan juga dikatakan telah merancang untuk membuat bantahan terhadap Fransiskus di atas pelantikan Barros.

Meskipun di tengah-tengah kontroversi pelantikan Barros dan keraguan ke atas kredibiliti kepimpinan Gereja, kunjungan Fransiskus ke Chile tetap mengikut jadual yang telah dirancang seperti yang biasa dilakukan apabila Sangti Papa mengunjungi luar negara.

Pada hari ketibaannya, Fransiskus telah bertemu dengan Presiden Michelle Bachelet dan para pemimpin politik pada pagi 16 Januari. Selepas itu, Sri Paus memimpin Misa di tempat terbuka iaitu Taman Santiago O’Higgin dan beliau dibantu oleh para Uskup dan imam dari seluruh Chile.

Pada hari Rabu, 17 Januari, Sri Paus telah pergi ke Temuco, sebuah kota yang dihuni ramai penduduk peribumi. Sesudahnya Fransiskus kembali ke Santiago untuk bertemu kaum muda. Paus Fransiskus menghabiskan hari terakhirnya di Chile, di kota pelabuhan utara Iqique. Bapa Suci kemudiannya meneruskan perjalanannya ke negara Peru pada 18 Januari.

Fransiskus tidak banyak berkata-kata mengenai kunjungannya semasa pertemuan singkat dengan para wartawan dalam penerbangan. Beliau hanya mengatakan bahawa beliau akan sibuk sepanjang lawatannya ke luar negara.

Sebelum berlepas, para kakitangan Vatikan telah mengedarkan kad kecil kepada para wartawan atas permintaan Fransiskus. Kad itu memaparkan gambar seorang kanak-kanak Jepun yang terselamat semasa pengeboman di Nagasaki. Kanak-kanak lelaki itu sedang mendukung adiknya yang masih bayi, di belakang badannya, yang terbunuh semasa letupan, untuk dibakar. Tulisan pada gambar itu tertera, “Hasil Peperangan.”

Dengan singkat, Fransiskus mengulas bahawa beliau mahu kad itu dicetak dan diedarkan kerana “imej itu memberitahu anda banyak perkara berbanding katakata.” --Joshua J. McElwee, NCR

Total Comments:0

Name
Email
Comments