Kg Tikandis Salong syukuri dapat gereja baru

“Sto Bernardinus dari Siena adalah Santo yang sangat menyintai Ekaristi dan berani mewartakan Injil. Diharapkan, umat di bawah naungan Santo ini, mendapat inspirasi daripada Sto Bernardinus untuk menjadi utusan-utusan Khabar Gembira Tuhan,” ujar Uskup Cornelius Piong semasa merayakan Misa pada 20 Mei lalu.

Jun 09, 2017

NABAWAN: “Sto Bernardinus dari Siena adalah Santo yang sangat menyintai Ekaristi dan berani mewartakan Injil. Diharapkan, umat di bawah naungan Santo ini, mendapat inspirasi daripada Sto Bernardinus untuk menjadi utusan-utusan Khabar Gembira Tuhan,” ujar Uskup Cornelius Piong semasa merayakan Misa pada 20 Mei lalu.

Pada hari tersebut, lebih 200 umat di Kg Tikandis Salong menyaksikan upacara pemberkatan Gereja St Bernardinus dari Siena oleh Uskup Cornelius Piong.

Upacara pemberkatan Gereja baru ini di mulakan dengan pemberkatan pintu masuk dan dilanjutkan dengan perayaan Ekaristi.

Dalam kesempatan yang sama, Bapa Uskup memberikan tiga hal sebagai pegangan, iaitu: Pertama, berbangga dan hidup bersemangat selaku pengikutpengikut Yesus. Selalu sehati dan sefikiran seperti para murid awali (bdk. KIS 2:41-42).

Hal yang kedua, agar umat menjadi garam dan cahaya. Selalu membawa pengaruh yang baik kepada dunia dan bukannya dipengaruhi oleh dunia (bdk. Mat 5:13-15). Manakala hal ketiga yang tidak kurang pentingnya ialah bahawa hidup manusia di dunia ini hanyalah sementara sahaja. Memiliki pengharapan bahawa setelah kematian, adanya kehidupan baru bersama Kristus (bdk. Yoh 3:16; Yoh 14).

Pengerusi KUK Kg Tikandis, Sdra Ambrose Anam, mengungkapkan terima kasih kepada Bapa Uskup yang meluangkan masa ke kampung tersebut bagi memberkati gereja baru.

Beliau juga berterima kasih kepada YB. Datuk Bobbey A. Suan kerana telah membantu dalam pembangunan Gereja baru tersebut

Fr. Claudius Andrew selaku Paderi Paroki Gereja Roh Kudus Sook (GRKS), berharap agar umat menjaga bangunan baru tersebut sebaik mungkin dan agar umat terus bertumbuh di dalam iman, harapan dan kasih.

Bapa Uskup dalam ucapannya berterima kasih kepada YB. Datuk Bobbey A. Suan kerana telah membantu di dalam pembangunan tersebut. Beliau turut berpesan kepada umat di Kg Tikandis Salong agar menjaga bangunan tersebut dan selalu mengingat doa Yesus untuk murid-murid-Nya di mana Yesus mengkehendaki agar mereka selalu bersatu, dilindungi dari si jahat dan hidup dalam kekudusan.--AB.

Total Comments:0

Name
Email
Comments