Paderi, Katekis Membakut komited peduli sampah, sayangi ‘saudara bumi’

Mengutip sampah bukan memalukan sebaliknya tanda orang yang terpelajar dan beriman.

Oct 05, 2019

MEMBAKUT: Mengutip sampah bukan memalukan sebaliknya tanda orang yang terpelajar dan beriman.

Sambutan Hari Keluarga Katekis kali ke lima di Paroki St Patrick Membakut menekankan tentang kehar- monian Alam CiptaanTuhan.

Seramai 21 orang Katekis dan pembantu pelayan komuni diraikan dalam perayaan itu pada 21 September di Gereja St. Veronica Tiong Baru, salah satu gereja stasi luar paroki St. Patrick Membakut.

Lebih 200 orang umat hadir ke majlis sambutan yang dim- ulakan dengan Perayaan Ekaristi. Perayaan Ekaristi dipimpin oleh Paderi Paroki Membakut, Father Benedict Daulis Runsab. Majlis kemu- diannya diteruskan dengan acara pemotongan kek dan makan tengahari.

Di dalam ucapan Pengerusi Pelaksana, Katekis Roger Polmin berkata, beliau sangat bersyukur diatas kehadiran semua umat yang datang memberi sokongan walaupun gereja St. Veronica Tiong Baru terletak jauh dari pusat paroki. Beliau juga berterima kasih kepada paderi paroki dan MPP St. Patrick Membakut kerana sentiasa memberi sokongan dalam apa sahaja perkara yang berkaitan dengan penganjuran tersebut sehingga sambutan Hari Keluarga Katekis berjaya dilangsungkan buat kali keli- ma. Beliau mengucapkan teri- ma kasih diatas sokongan semua umat, penderma dan pendoa di atas usaha memban- tu para Katekis dan pembantu pelayan komuni melaksanakan majlis tersebut.

Fr. Benedict pula menasi- hati semua Katekis dan Pelayan Komuni agar sentiasa mengikuti teladan para rasul yang selalu tabah dalam apa sahaja cabaran kerana setiap cabaran itu merupakan Salib yang perlu dipikul dalam menyebarkan cinta kasih Tuhan kepada umat khususnya di paroki St. Patrick Membakut.

Paderi itu berharap agar melalui sambutan Hari Keluarga Katekis, umat akan terus bersyukur dengan pelayanan semua katekis dan pembantu pelayan komuni dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka.

Program pada hari itu diteruskan dengan beberapa persembahan pentas daripada Komiti Katekis, Komiti Kebudayaan Paroki St. Patrick Membakut, persembahan dari- pada umat KUK St. Philip Sinoko serta persembahan dari pelajar PMG gereja St. Patrick Mebakut.

Tepat pada jam 2.00 petang, Komiti Kerharmonian Alam Ciptaan Tuhan atau ringkas- nya KACT telah mengajak hadirin yang hadir untuk membersihkan kawasan gereja dengan memungut sampah sarap sebagai sahutan kepada kempen “World Clean Up Day”. Paderi, para Katekis dan umat bersama-sama mengutip sampah sebagai usaha menga- jak semua orang untuk mengindahkan bumi.

Pengerusi KACT paroki St. Patrick Membakut, Sdri Herlina Hendrikus men- gatakan di dalam taklimat ringkasnya bahawa, sudah menjadi kewajiban dan tang- gungjawab kita sebagai umat untuk membantu menjaga “saudara bumi” kita yang telah diamanahkan oleh Tuhan sendiri kepada kita sewaktu penciptaan bumi.

Sdri Herlina berharap, melalui acara seperti Hari Keluarga Katekis ini, kita akan bergerak sebagai satu keluarga untuk menjaga persekitaran tempat kita ting- gal dengan mengurangkan pembuangan sampah sarap.

Hari Keluarga Katekis ini kemudiannya diteruskan den- gan acara cabutan tiket bertu- ah dan kemudiannya ditutup dengan doa penutup oleh Fr. Benedict pada jam 3.30 petang.

Total Comments:0

Name
Email
Comments