Yayasan Amal Katolik bantu mangsa Taufan Haima

Karitas Filipina, sebuah badan tindakan sosial Gereja Katolik, meninjau sejauh mana kerosakan akibat Taufan Haima, yang melanda sebahagian wilayah di Filipina pada 20 Oktober

Nov 04, 2016

MANILA: Karitas Filipina, sebuah badan tindakan sosial Gereja Katolik, meninjau sejauh mana kerosakan akibat Taufan Haima, yang melanda sebahagian wilayah di Filipina pada 20 Oktober

“Kami berusaha menentukan di mana bantuan yang paling diperlukan dan jenis bantuan apa yang akan kami berikan kepada warga yang terkena bencana,” kata Fr Edwin Gariguez, ketua Karitas Filipina.

Paderi itu mengatakan tim aksi sosial Gereja sudah dikerahkan ke daerah-daerah yang terkena bencana taufan. “Kami mengirim staf ke seluruh daerah,” katanya kepada ucanews.com.

Fr Gariguez menggesa masyarakat untuk terus mengirimkan sumbangan terutama di daerah yang paling terkena bencana dahsyat tersebut.

“Kami memerlukan ubatubatan, pakaian, makanan, pakaian, peralatan, dan bahkan doa,” kata paderi itu.

Sebelumnya Karitas telah “mengirim” barang-barang bantuan ke daerah-daerah yang dilanda Topan Haima.

“Kami telah melakukan banyak hal terkait kesiapan dan respon bencana,” kata Fr Gariguez, seraya menambah bahawa mereka telah belajar banyak selepas Taufan Haiyan yang melanda di bahagian tengah Filipina pada tahun 2013.

Taufan Haiyan, yang mengorbankan lebih enam ribu nyawa, menjadi taufan terdahsyat di dunia.

Dilaporkan bahawa terdapat tujuh orang mati pada puncak Tufan Haima yang melanda di bahagian utara negara itu.

Hingga akhir 20 Oktober, Badan Pengurangan Risiko Bencana Nasional masih menunggu laporan dari daerah tentang sejauh mana kerosakan yang disebabkan oleh taufan tersebut.

Romina Marasigan, juru bicara badan itu, mengatakan kerosakan infrastruktur dan gangguan elektrik serta komunikasi dilaporkan terjadi di dua wilayah.

Dalam laporan awal, yayasan tersebut telah menyelamatkan lebih kurang 90,589 orang dari rumah mereka sebelum taufan.

Setiap tahun Filipina terjadi sekitar 20 badai besar.--Ucanews.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments