Bumi semakin LEMAH menampung kehidupan manusia

Setiausaha Negara Vatikan memberi peringatan bahawa manusia sedang menghadapi “kemungkinan kemerosotan” dalam kemampuannya mengekalkan kehidupan.

Jul 13, 2018

VATIKAN: Setiausaha Negara Vatikan memberi peringatan bahawa manusia sedang menghadapi “kemungkinan kemerosotan” dalam kemampuannya mengekalkan kehidupan.

Beliau berkata demikian dalam sebuah konferensi selama dua hari yang dianjurkan di Vatikan serta menyeru pemimpin-pemimpin dunia untuk berusaha mengurangkan impak perubahan iklim.

Dalam ucapan pembukaan acara “Menyelamatkan Rumah Kita Bersama”, Kardinal Pietro Parolin mendesak semua orang di seluruh dunia, untuk bekerjasama dan bersatu hati akan masalah kesan perubahan iklim.

Dikasteri Vatikan bagi Pembangunan Insan mengunjurkan acara ini pada 5-6 Julai. Ia dihadiri oleh 300 orang pemimpin pelbagai iman, ahli-ahli saintis dan politik dengan harapan, dapat mempengaruhi pertemuan berasingan Dana Monetari Antarabangsa, Bank Dunia, dan Konferensi Perubahan Iklim PBB pada tahun ini.

Persidangan itu diselenggarakan pada ulang tahun ketiga penerbitan ensiklik Sri Paus Fransiskus, “Laudato Si”, Kardinal Peter Turkson, ketua dikasteri, membuka acara itu dengan mengatakan planet kita sedang “di ambang bencana global yang tidak menyenangkan.”

Beliau berkata kesan perubahan iklim, termasuk suhu pemanasan dan paras laut yang meningkat, “meletakkan tanda tanya kewujudan manusia pada masa hadapan.”

“Adakah dunia kita mendengar atau kita mencari jalan baru untuk menjemput dunia untuk mendengar? Inilah sebahagian daripada tugas kita yang ada dalam perhimpunan ini,” ujar beliau.

Persidangan ini dianjurkan dalam tiga bahagian berturut-turut iaitu memeriksa keadaan alam sekitar global semasa, melihat tindakan terbaik untuk diambil dan memberi inspirasi kepada “gerakan besarbesaran” bagi menjaga Bumi.

Selepas sesi Kardinal Parolin dan Turkson pada 5 Julai, konferensi itu dimulakan dengan pembentangan ringkas daripada lima orang anak muda dari pelbagai benua. — Sumber Joshua J. McElwee, NCR

Total Comments:0

Name
Email
Comments