Cincin perkahwinan

Cincin sehingga ke hari ini masih dianggap sebagai simbol orang yang berkahwin atau tanda bahawa seseorang sudah “terikat” dalam perkahwinan.

Apr 26, 2024


Soalan:
Dalam persiapan menerima Sakramen Perkahwinan, saya ingin bertanya, adakah peraturan khusus dalam Gereja Katolik yang menentukan bahawa bahan cincin yang akan dipakai oleh mempelai semasa upacara perkahwinan harus dibuat daripada emas? — Erik Taipan

Jawaban: Cincin sehingga ke hari ini masih dianggap sebagai simbol orang yang berkahwin atau tanda bahawa seseorang sudah “terikat” dalam perkahwinan.

Pada umumnya orang yang berkahwin memakai cincin di jari manis tangan kanan, sama ada suami mahupun isteri.

Perkahwinan tanpa cincin rasanya kurang lengkap. Tetapi, apakah sesungguhnya erti dan nilai sebuah cincin kahwin?

Cincin kahwin sudah diamalkan sejak zaman dahulu, mungkin sekitar kekaisaran Roma bahkan lebih lama dari itu.

Masayarakat sudah lama menggunakan cincin sebagai lambang persatuan, kepemilikan, kesetiaan, kekayaan dan hadiah. Cincin kahwin sudah menjadi tradisi yang mendunia untuk banyak budaya.

Dalam budaya atau tradisi Katolik, cincin kahwin juga dipakai dalam tata perayaan perkahwinan sama ada sakramen mahupun bukan sakramen.

Bahkan dalam liturginya pun, ada rumusan yang dengan jelas menyatakan berkat atas cincin sebelum masing-masing dikenakan oleh kedua-dua mempelai yang baharu saja mengikrarkan janji.

Rumusan yang biasanya adalah seperti berikut: “Kenakanlah cincin ini pada jari manis tangan kiri suami/isterimu sebagai tanda cinta dan kesetiaanmu.”

Lalu salah satu pihak secara bergantian akan melanjutkan dengan rumusan yang sama, “Terimalah cincin ini sebagai lambang cinta dan kesetiaanku kepadamu.”

Dari pernyataan ini, dapat diketahui bahawa cincin diberikan sesudah kedua mempelai mengikrarkan janji.

Semoga Sdra Eric sentiasa mengingati bahawa setiap upacara perkawinan, yang terpenting adalah pengikraran janji, bukan simbol-simbol pendukungnya misalnya cincin atau bunga pengantin.

Lafaz janji inilah yang menentukan sah atau tidak sebuah perkahwinan. Faktor pendukung atau yang membantu mengindahkan upacara itu, misalnya cincin, gaun pengantin dan sebagainya adalah sesuatu yang sekunder, yang boleh ada dan boleh juga tidak.

Tidak ada keharusan untuk memakai cincin perkahwinan sesudah janji diikrarkan oleh kedua-dua mempelai.

Dengan pernyataan ini, maka keberadaan cincin bukanlah yang menentukan sahnya suatu perkahwinan Katolik, melainkan suatu simbol yang ditambah oleh tradisi sebagai tanda ikatan, cinta yang tak putus, kemurnian, dan kesetiaan.

Oleh itu, sama ada cincin itu diperbuat daripada emas atau bukan, bukanlah sesuatu yang wajib atau relatif.

Soalan II: Apakah perkahwinan Katolik harus dilakukan dalam Gereja sahaja?

Jawaban: Pada dasarnya, Gereja Katolik memandang bahawa perkahwinan merupakan peristiwa yang kudus kerana seorang lelaki dan wanita disatukan dalam suatu perayaan liturgi.

Meskipun begitu, perkahwinan boleh dilakukan di luar Gereja jikalau ada alasan yang kuat, seperti perkahwinan antara orang yang dibaptis dengan pasangan yang tidak dibaptis dalam Gereja Katolik (Kan. 1118§2).

Namun biasanya, paderi paroki pada umumnya mengupayakan pasangan meskipun berbeza agama berkahwin di Gereja kerana Gereja adalah tempat yang sesuai dan sebagai tempat yang “diperuntukkan bagi ibadat ilahi di mana kaum beriman berhak untuk masuk melaksankan ibadat ilahi, terutama ibadat yang dilangsungkan secara publik” (Kan. 1214).

Dan lebih dari itu, bagi Gereja Katolik, perkahwinan antara lelaki dan wanita memiliki nilai yang penting pada saat liturginya bukan pada alat-alat bantu dalam memeriahkan perayaan. — hidupkatolik

Total Comments:0

Name
Email
Comments