Gelar Tuhan “bodoh”, Duterte mahu bertemu para uskup

Gelar Tuhan “bodoh”, Duterte mahu bertemu para uskup

Jul 06, 2018

MANILA: Selepas menggelar Tuhan itu “bodoh”, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengatakan pada 27 Jun lalu bahawa beliau akan mencari masa bagi berdialog dengan konferensi para uskup di negara tersebut bagi memulihkan hubungan presiden dan para pemimpin Gereja.

Jurucakap presiden juga mengumumkan bahawa sebuah komiti akan ditubuhkan bagi kerjasama dan komunikasi yang lebih baik antara kerajaan dan uskupuskup di republik tersebut.

Pada 22 Jun lalu, Duterte telah mencetuskan kontroversi apabila dalam ucapannya dia mengatakan Tuhan adalah “bodoh” dan “anak h..am” termasuk kisah pokok pengetahuan tentang kebaikan dan kejahatand alam Taman Firdaus. Dalam Kitab Kejadian, Adam dan Hawa diusir dari Taman Firdaus selepas memakan buah terlarang.

“Adakah Tuhan waras? Masihkah anda percaya?” kata Duterte. Dia juga bercakap negatif mengenai konsep dosa asal dan mengatakannya sebagai “saranan bodoh.”

Meskipun ramai yang mengecam akan kenyataannya, Duterte tidak mahu menarik balik kenyataannya. Duterte mengatakan dia hanya mengkritik Tuhan yang dipercayainya, bukan Tuhan peribadinya, padahal dia dibesarkan sebagai Katolik.

“Apa yang saya katakan ialah Tuhan kamu, bukan Tuhan saya, kerana Tuhan kamu bodoh. Tuhan saya sangat masuk akal,” ujar Duterte pada 25 Jun lalu. Dia juga mengatakan bahawa penciptaan Hawa adalah “kesilapan besar” yang dilakukan oleh Tuhan.

Seorang jurucakap presiden mengatakan komen itu adalah mewakili kepercayaan peribadi Duterte dan menjelaskan bahawa semasa menuntut di sebuah sekolah Katolik, Duterte pernah didera oleh seorang paderi.

Konferensi para Uskup Katolik Filipina (CBCP) mengatakan mereka sanggup bertemu dengan Duterte bagi membincangkan pelbagai isu dan membangun kembali hubungan antara Gereja dan kerajaan. Duterte juga beria-ia untuk menubuhkan sebuah komiti dalam mencapai perkara ini.

Meskipun begitu, beberapa uskup lain di negara itu berasa ragu sama ada niat Duterte ikhlas untuk berdialog. — VIS

Total Comments:0

Name
Email
Comments