Hari Minggu Doa Panggilan, 25 April 2021 : Bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang memilih kamu”

Pada 27 Feb 2021, Diakon Gilbert James OFM Cap telah ditahbis menjadi paderi di Gereja St Theresa Tambunan. Sebelum memasuki seminari, Fr Gilbert merupakan seorang jurutera.

Apr 24, 2021

Pada 27 Feb 2021, Diakon Gilbert James OFM Cap telah ditahbis menjadi paderi di Gereja St Theresa Tambunan. Sebelum memasuki seminari, Fr Gilbert merupakan seorang jurutera. Namun apa yang menyebabkan beliau berani meninggalkan pekerjaan yang baik untuk menyahut panggilan Tuhan? Ikuti perkongsiannya di sini:

Semasa saya masih di sekolah rendah, saya  selalu tertanya-tanya 'Siapakah Tuhan? Mengapa saya lahir ke dunia? Apa tujuan hidup  saya? Namun persoalan-persoalan itu cuma  saya tanyakan dalam hati dan berusaha untuk  mencari jawaban dengan membaca Alkitab  yang ada di rumah. Tanpa memahami apaapa, saya berjaya mengabiskan satu Alkitab  lebih kurang setahun. 

Ketika masih di Sekolah Menengah di  Papar, pengalaman yang sukar saya lupakan terjadi semasa Tingkatan Satu. Pada ketika itu, saya sedang berdoa Rosario. Sedang  saya berdoa, air mata saya mengalir dengan  sendiri dan saya boleh dengar dengan jelas  suara adik ipar sepupu saya yang sedang berada di rumah Auntie yang terletak tidak jauh  dari rumah. Keesokan hari, adik ipar sepupu  saya itu meninggal dalam perjalanan balik  ke Penampang. Ia membuat saya tertanyatanya, apakah saya sepatutnya berdoa untuk  dia pada malam itu. 

Sejak itu, terdetik dalam fikiran saya akan  kemungkinan saya perlu berdoa untuk orang  lain. Tetapi saya akui, pada masa itu saya  sangat malas menghadiri Misa apalagi mahu  mengikuti sebarang aktiviti Gereja. Walau  bagaimanapun, semasa di Tingkatan Lima,  ada seorang La Salle Brother telah datang  ke sekolah dan bertanya, "Apa yang kamu  buat selepas habis SPM? Pernahkah kamu  berfikir untuk melayani Tuhan?" Pertanyaan  itu membuatkan saya tersentuh dan ingin  melayani Tuhan tetapi saya rasa saya tidak  mempunyak kelayakan menjadi Paderi atau  Religius. Tetapi dalam diam saya nekad untuk melanjutkan pelajaran ke universiti agar  senang mendapat kerja bagi membantu keluarga yang susah.

Semasa di tahun dua, Universiti Kebangsaan Malaysia, saya merasakan tarikan kuat  untuk mendekati Tuhan. Pada masa ini, saya  sudah setia menghadiri Misa setiap hari Minggu. Saya pernah mengaku dosa kepada seorang paderi berjubah coklat dan tertarik dengan jubahnya. Tetapi saya tidak tahu paderi  itu dari kongregasi mana. 

Setelah tamat belajar di universiti dan  memperoleh Ijazah, saya juga telah mendapat pekerjaan yang baik sebagai Jurutera.  Namun begitu kekosongan dalam hati saya  perlu dipenuhi. Tambah lagi persoalan-persoalan yang saya ada semasa kecil tentang  Tuhan masih bermain di fikiran. 

Maka terdetik dalam fikiran saya bahawa  jawapan kepada persoalan-persoalan itu akan  dapat dijawab jika saya belajar dan menjadi  religius. Saya juga pada masa yang sama,  akan dapat memberi sedikit sumbangan sebagai umat Ekaristi dengan melayani Tuhan  dan sesama. 

Kerana sedar akan kasih Kristus yang  sangat setia terhadap saya selama ini, mendorong saya untuk terus mengabdikan diri  kepada-Nya walaupun saya sedar saya tidak  layak. Saya yang serba kekurangan danpenuh  dengan doa ini telah menerima belas kasihan  Tuhan dan rahmat-Nya yang tidak terhitung. 

Orang pernah mengatakan kepada saya  bahawa rugi meninggalkan pekerjaan yang  baik dan memilih sesuatu yang agak susah.  Lagi pula perjalanan pembentukan menjadis  eorang Paderi Religius ini panjang. Tetapi  saya berpendapat bahawa apabila kita sudah  menyerahkan diri kepada Tuhan, sosal susah  atau lama itu tidak penting lagi. 

Kalau kita mencintai, apa yang kita buat  pasti dapat mengatasinya dengan rahmat Tuhan. Adakah saya sekarang sudah tahu pasal  Tuhan, pasal kehidupan> Sekarang saya sedar, apa yang saya pelajari selama ini cuma  setitik air di lautan yang luas. Tanpa Tuhan  siapalah saya. Setiap hari, Yesus melayakkan  saya dalam pelayanan saya. Saya hanyalah  sebatang pensil di tangan Tuhan. 

Santo Fransiskus dari Asissi pernah mengatakan bahawa semua kegelapan di dunia  tidak dapat mematikan cahaya sebatang lilin. Inilah misi yang diberikan kepada kita  semua. Jika saya rela untuk memberi cahaya  kepada persekitaran ku, walau sekecil mana  pun cahaya itu, sudah pasti ia akan dikira sebagai sumbangan saya sebagai umat Ekatisti  kerana kasih Kristus yangmendorong saya  untuk terus maju dalam ziarah hidup ini.

Menjadi Paderi bukanlah suatu kemuncak dalam pelayanan saya kepada Tuhan dan sesama tetapi suatu permulaan untuk misi yang lebih besar yang diamanahkan oleh Tuhan kepada saya. Harapan saya dan dengan iman, saya percaya kasih Kristus.

Total Comments:1

Name
Email
Comments
Jane Joss
Tahniah, Semoga Sentiasa diberkati Dan dilindungi Tuhan dalam pelayanan. Teruskan berkarya.