Katekis jadi wajah Kristus zaman now

“Apabila anda berada di tengah-tengah umat, jadilah cerminan wajah dan terang Kristus,” pesan Fr Appolonius Yakis, paderi pembantu paroki Katedral St Francis Xavier (KSFX) semasa menyampaikan homili dalam Misa Kudus sempena pertemuan Komiti Katekis KSFX (KOMKAT KSFX).

Apr 26, 2024


KENINGAU:
“Apabila anda berada di tengah-tengah umat, jadilah cerminan wajah dan terang Kristus,” pesan Fr Appolonius Yakis, paderi pembantu paroki Katedral St Francis Xavier (KSFX) semasa menyampaikan homili dalam Misa Kudus sempena pertemuan Komiti Katekis KSFX (KOMKAT KSFX).

Agar para katekis teguh dalam menghadapi cabaran pelayanan, Fr Appolonius mengatakan, “Yesus menunjukkan cintakasih-Nya me-lalui pengorbanan, maka cabaran seperti tiada kenderaan, kesihatan tidak menentu harus ditempuhi dengan penuh sabar.”

Fr Appolonius yang baharu menyambut ulang tahun pertama ima- matnya baru-baru ini turut berpesan agar para katekis meluangkan masa dengan keluarga dan memiliki kerohanian yang utuh.

Pertemuan Katekis itu diadakan di Gereja Maria Rani Tobitua, Kg Linsudan pada April 10 yang lalu.

Menyedari peranan para katekis dalam membantu para paderi untuk menyebarkan iman (KHK, 1983 kan. 773), empat paderi dari paroki KSFX datang untuk memberi sokongan.

Para paderi tersebut ialah Msgr Gilbert Lasius, Fr Appolonius Yakis yang juga pembimbing rohani bagi Komiti Katekis KSFX, paderi yang baharu ditahbis pada April 7 lalu iaitu Fr Kennedy Nakudah dan Fr Bede Anthonius.

Pertemuan tersebut dimulakan dengan mesyuarat. Msgr Gilbert Lasius menyarankan beberapa perkara kepada komiti Katekis agar pertemuan itu melibatkan Komiti Liturgi dan pengerusi-pengerusi Komunti Umat Katolik (KUK) bagi kelancaran perjalanan liturgi.

Msgr Lasius juga berpesan agar para katekis sentiasa memastikan altar dan tabernakel dalam keadaan bersih dan kemas. “Pastikan tabernakel itu mempunyai Hosti Kudus, jangan sampai para paderi memberi tunduk hormat kepada tabernakel tetapi kosong!”

Pengerusi KOMKAT KSFX, Katekis Victor Saidi mengucapkan terima kasih kepada pengerusi KUK Gereja Maria Rani Tobitua dan umat yang menerima kehadiran KOMKAT untuk mengadakan pertemuan — Juanis bin Marcus

Total Comments:0

Name
Email
Comments