Keadaan bumi masa hadapan bergantung dengan sikap kita sekarang — Sri Paus Fransiskus

Keadaan bumi masa hadapan bergantung dengan sikap kita sekarang — Sri Paus Fransiskus

Jul 13, 2018

VATIKAN: Walaupun semua orang mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk membantu melindungi planet ini, semua kerajaan harus komited kepada Perjanjian Paris untuk mengurangi kesan perubahan iklim, kata Sri Paus Fransiskus.

Tanpa usaha bersepadu dan segera ke arah pembangunan mampan, “Kita hanya akan meninggalkan runtuhan, padang pasir dan buangan buat generasi masa hadapan. Ada bahaya nyata menunggu bahawa kita akan meninggalkan generasi masa hadapan,” ujar Sri Paus Fransiskus pada 6 Julai.

Sri Paus Fransiskus berkata demikian ketika berucap kepada lebih 300 peserta yang menyertai konferensi antarabangda pada 5-6 Julai yang dianjurkan oleh Dikasteri untuk Mempromosi Pembangunan Insan.

Persidangan “Menyelamatkan Dunia kita Bersama dan Kehidupan Masa Hadapan di Bumi” telah menyatukan orang asal, aktivis muda, pakar-pakar sains, pemimpin pelbagai agama dan pegawai-pegawai Vatikan untuk meneliti impak ensiklik Fransiskus 205, “Laudato Si”: Menjaga Rumah Kita Bersama.”

Mereka juga membincangkan caracara dan usaha terbaik dalam memperomosi “ekologi bersepadu”. Komuniti Sains telah membangunkan penilaian yang lebih tepat mengenai krisis iklim.

Mereka menegaskan bahawa, “Kadar laju penggunaan, sisa dan perubahan alam sekitar boleh membawa bahana bumi tidak dapat menampung kehidupan manusia dengan lebih mana serta mencetuskan malapetaka secara berkala berlaku di kawasan yang berlainan di dunia. Maka kita akan hanya mewariskan generasi masa hadapan dengan runtuhan, sampah dan buangan.

“Manusia mempunyai pengetahuan dan cara untuk bekerjasama secara bertanggungjawab dalam menjaga bumi, kata Sri Paus seraya berkata, kerajaan, individu, institusi kewangan dan pemimpin-pemimpin agama memiliki tanggungjawab dan peranan untuk dilakukan.”

Prelatus itu berkata, Persidangan Rangka Kerja Perubahan Iklim untuk PBB, COP24, di Poland pada bulan Disember “dapat membuktikan sebuah peristiwa penting seperti yang telah ditetapkan oleh Perjanjian Paris 2015.”

“Kita semua tahu banyak yang perlu dilakukan untuk melaksanakan perjanjian itu. Semua kerajaan harus berusaha untuk menghormati komitmen yang dibuat di Paris, untuk mengelakkan akibat terburuk krisis iklim,” katanya.

Pengurangan gas rumah hijau “memerlukan kejujuran, keberanian dan tanggungjawab, lebih-lebih lagi negaranegara berkuasa dan menghasilkan pencemaran yang ling banyak,” ujar Sri Paus sambil menegaskan, “kita tidak ada masa lagi untuk membuang masa.” — Sumber Carol Glatz, CNS

Total Comments:0

Name
Email
Comments