Kenali Santo Anda St. Yosef dari Cupertino

Yosef dilahirkan pada tanggal 17 Jun 1603 di sebuah desa kecil di Itali. Beliau berasal dari keluarga miskin. Semasa kanakkanak dan remaja, hidupnya sangat sukar malah ibunya juga menganggap Yosef menyusahkannya sahaja.

Sep 11, 2021

St. Yosef dari Cupertino
~ 18 September ~

Yosef dilahirkan pada tanggal 17 Jun 1603 di sebuah desa kecil di Itali. Beliau berasal dari keluarga miskin. Semasa kanakkanak dan remaja, hidupnya sangat sukar malah ibunya juga menganggap Yosef menyusahkannya sahaja.

Yosef membesar sebagai remaja yang lembap dan pelupa.

Pada suatu hari, Yosef memohon untuk menyertai biara Fransiskan, tetapi ditolak. Kemudian, Yosef bergabung dengan Ordo Kapusin, namun selepas lapan bulan, Yosef diminta untuk meninggalkan tempat itu kerana dia sukar untuk menumpukan perhatian dan sering lupa apa yang diperintahkan kepadanya.

Pada akhirnya, Yosef menjadi pesuruh di biara Fransiskan. Yosef diberi jubah Fransiskan dan diberi tugasan merawat kuda. Pada masa ini, Yosef mulai berubah, lebih lemah lembut dan berhati-hati dalam melakukan pekerjaan.

Pemimpin biara memutuskan bahawa Yosef dapat diterima menjadi anggota Ordo Fransiskan dan belajar menjadi paderi.

Tuhan mulai mengadakan mukjizat-mukjizat melalui Fr Yosef. Lebih 70 kali orang melihatnya terangkat dari tanah ketika sedang mempersembahkan Misa atau sedang berdoa.

St. Yosef wafat pada tahun 1663 dalam usia enampuluh tahun. Dia dinyatakan kudus oleh Sri Paus Klemens XIII pada tahun 1767.

Total Comments:0

Name
Email
Comments