Landasan yang datang dari Seseorang yang unggul

Kita semakin bertambah tegar terhadap kata-kata yang tidak dapat dipercayai. Di mana-mana sahaja, kita pasti akan mendengar orang berkata,”Ke mana sah

Mar 27, 2021

Kita semakin bertambah tegar terhadap kata-kata yang tidak dapat dipercayai. Di mana-mana sahaja, kita pasti akan mendengar orang berkata,”Ke mana sahaja kita mendengar orang berkata, "Mereka sekadar bercakap sahaja! Tak ada maknanya, cuma cakap kosong sahaja!”

Kata-kata kosong selalu berlegar di sekeliling kita. Dunia kita penuh dengan kebohongan, janji palsu, iklan yang gemilang tetapi tidak membawa maksud apa-apa, hanya sekadar kata, tidak ada tindakan, kata-kata tidak pernah disokong oleh apa-apa. Kita semakin kurang mempercayai dengan apa yang kita dengar.

Kita selalu dibohongi dan dikhianati maka kini, kita lebih berhatihati tentang apa yang kita percayai.

Tetapi ketidakpercayaan terhadap kata-kata yang kita dengar adalah kelemahan. Kata-kata kita boleh menjadi jujur dan masih mempunyai sedikit kuasa. Mengapa? Kerana, untuk menggunakan istilah Injil, kita mungkin tidak bercakap dengan “kuasa”. Perkataan kita mungkin tidak mempunyai apa yang mereka perlukan untuk menyokongnya.  Apa maksudnya?

Injil menyatakan kepada kita bahawa salah satu perkara yang membezakan Yesus dengan pengkhutbah agama lain pada zamannya adalah bahawa dia berbicara dengan autoriti, manakala mereka tidak. Apa yang memberi kata  kuasa? Apa yang memberi mereka kuasa transformasi?

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis kuasa. Ada kuasa yang mengalir daripada kekuatan dan tenaga. Kita lihat ini, sebagai contoh, dalam tubuh atlet berbakat yang bergerak dengan kuasa. Terdapat kuasa juga dalam karisma, dalam pembicara berbakat atau bintang rock. Mereka juga bercakap dengan kewibawaan dan daya penarik tertentu.

Tetapi masih terdapat satu lagi kuasa, kuasa yang lain, yang sangat berbeza dari jenis atlet dan bintang rock. Ada kekuatan seorang bayi, di mana bayi yang lemah, tidak terdaya, polos dan tidak mampu mempertahankan diri sendiri.

Daya kekuasaan kadang-kadang kuasa sebenar. Jika anda meletakkan seorang atlet, bintang rock, dan bayi ke dalam bilik yang sama, siapakah di antara mereka yang paling berkuasa? Siapa yang mempunyai kuasa yang paling? Apa pun kuasa atlet atau bintang rock, bayi mempunyai kuasa yang lebih besar untuk mengubah hati.

Teks Injil menyatakan kita bahawa Yesus bercakap dengan "kuasa". Injil tidak pernah menyatakan bahawa Dia bercakap dengan "menggunakan tenaga yang hebat" atau "karisma yang kuat".

Dalam menggambarkan kuasa Yesus, mereka menggunakan perkataan "exousia", kata Yunani yang kita tidak mempunyai makna setara  bahasa Inggeris.

Apa itu "exousia"? Kami tidak mempunyai penjelasan istilah untuk itu, tetapi kami mempunyai konsep: "Exousia" dapat digambarkan sebagai gabungan kerentanan atau kerapuhan, tidak bersalah, dan ketidakberdayaan yang menonjolkan kewibawaan unik serta kuasa yang menyentuh akal budi anda.

Apabila berada dengan bayi, serta-merta seseorang itu menjaga bahasanya, mengawal suaranya agar menjadi lebih lembut. membawa bayi ke. Kehadirannya adalah penyucian. Tetapi ada beberapa unsur lain yang juga membuktikan kuasa yang Yesus bicarakan. Kerentanannya dan tidak bersalah memberikan-Nya kata-kata berwibawa istimewa, ya; tetapi dua unsur lain juga membuat kata-kataNya didengari dan berkuasa:

Perkataannya selalu didasarkan pada integriti hidupnya. Juga, orang menyedari bahawa kewibawaannya tidak datang dari pada-Nya tetapi daripada sesuatu (Seseorang) yang lebih tinggi yang dilayani-Nya.

Tidak ada percanggahan antara kata-katanya dan hidup-Nya. Apa yang diucapkan-Nya sesungguhnya adalah apa yang dilakukanNya. Lebih-lebih lagi, kata-kataNya berkuasa kerana ia bukan hanya datang daripada-Nya, tetapi ia juga datang melalui Dia, Seseorang yang dimuliakan-Nya dan Teratas.

Seseorang yang tidak dapat dicabar iaitu Tuhan. Anda melihat jenis kuasa ini; sebagai contoh, Ibu Teresa dan Jean Vanier.

Kata-kata mereka mempunyai kuasa khusus. Ibu Teresa dapat bertemu dengan seseorang buat kali pertama dan meminta dia datang ke India dan bekerja dengannya. Jean Vanier boleh melakukan perkara yang sama.

Seorang kawan saya berkongsi bagaimana pertemuan Vanier buat kali pertama, dalam perbualan mereka yang pertama, Vanier menjemputnya menjadi imam misionari. Dia sendiri pun tidak pernah terfikir mengenai hal itu. Tetapi pada hari ini,  dia seorang misionari.

Apa yang memberi orang yang kuasa istimewa? "Exousia", kehidupan yang tidak mementingkan diri sendiri, dan landasan yng datang daripada Seseorang yang lebih Tinggi.

Apa yang anda lihat pada orang seperti Ibu Teresa dan Jean Vanier adalah mereka tidak berdaya seper ti bayi digabungkan dengan kehidupan mereka yang tidak mementingkan diri sendiri, yang menjadi asas kewibawaan mereka.

Apabila orang tersebut bercakap, seperti Yesus, kata-kata mereka mempunyai kuasa nyata untuk menenangkan hati, menyembuhkan mereka, mengubahnya dan, secara kiasan tetapi benar, mengusir iblis dari mereka. Tetapi kita tidak perlu selalu melihat contoh besar seperti Ibu Teresa dan Jean Vanier.

Kebanyakan kita tidak begitu terpengaruh oleh Ibu Teresa atau Jean Vanier, tetapi pernah berbicara dengan orang-orang berwibawa di sekeliling kita. Dalam kes saya, bapa dan ibu saya yang bercakap dengan saya dengan kuasa seperti itu.

Serta ada beberapa orang biarawati Ursuline yang mengajar saya di sekolah dan beberapa orang bapa dan ibu saudara saya mempunyai kuasa untuk meminta pengorbanan saya kerana mereka bercakap dengan "exousia" dan dengan integriti dan iman yang saya tidak boleh mempersoalkan atau menafikan. Mereka meminta saya untuk menjadi seorang imam dan saya telah menunaikannya. .

Apa yang menggerakkan dunia seringkali adalah tenaga dan karisma berkuasa yang sangat berbakat; tetapi hati digerakkan oleh kuasa berwibawa yang istimewa. — Hakcipta Terpelihara @ Fr Ron Rolheiser 1999-2021

Total Comments:0

Name
Email
Comments