Paderi dari Indonesia jadi Superior General Kongregasi SVD

Paderi dari Indonesia jadi Superior General Kongregasi SVD

Jul 13, 2018

ROMA: Sarekat Sabda Tuhan (Society of the Divine Word/SVD) pada 4 Julai lalu telah memilih seorang Paderi dari Indonesia, Father Paul Budi Kleden, 53, sebagai Superior General bagi kongregasi tersebut yang ke-12.

Fr Paul menggantikan seorang paderi dari Jerman, Father Heinz Kulueke, yang memegang jawatan tersebut selama lima tahun. Pemilihan itu dijalankan di Nemi, Itali semasa perhimpunan agung SVD kali ke-18. Fr Paul merupakan orang kedua dari Asia yang terpilih sebagai peneraju utama kongregasi sejagat tersebut, orang Asia pertama ialah dari Filipina.

Fr Paul lahir pada 16 November 1965 di Waibalum-Larantuka, Flores Indonesia. Beliau merupakan anak kelima oleh pasangan Petrus Sina Kleden (mendiang) dan Dorotea Sea Halan.

Beliau mendapat pendidikan awal di SDK Waibalum, Larantuka dan melanjutkan pengajiannya di seminari minor di Hoken. Fr Paul menyertai SVD pada tahun 1985 di Ledalero dan menamatkan tempoh novis serta pengajian falsafah di sana.

Beliau tamat pengajian Teologi di St Gabriel, Austria dan ditahbis menjadi paderi di St Gabriel, 15 Mei, 1993. Dari 1993-1996 (setelah ditahbiskan), beliau melayani sebagai pembantu paderi paroki di Swiss juga pernah menjabat sebagai Wakil Provinsial SVD Ende selama satu tahun. Beliau mengambil pengajian kedoktoan dalam teologi sistematik di Universiti Albert Ludwig, Jerman dari tahun 1996-2000.

Selanjutnya sebagai Superior General SVD, Fr Paul Budi Kleden akan memimpin sekitar 6005 anggota SVD di seluruh dunia, yang terdiri dari 4185 imam, 528 Brother kaul kekal, 84 Broder kaul sementara, 854 frater, 344 frater novis.

Semoga Fr Paul Budi Kleden semakin dimampukan untuk menjalankan perutusan yang telah dipercayakan oleh Serikat Sabda Tuhan kepadanya, sebagaimana tertulis dalam Surat Paulus yang kedua kepada Jemaat di Korintus (2 Kor. 5:14), “Sebab kasih Kristus yang menguasai kami,” dengan moto “Berakar dalam kata, berkomitmen pada misi-Nya.” — mattersindia.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments