Parlimen Israel beri penghormatan pada Sto Yohanes XXIII

Parlimen Israel mengadakan sesi khas pada Mei 13 lalu sebagai penghormatan kepada Paus Sto Yohanes XXIII.

May 22, 2014

VATIKAN: Parlimen Israel mengadakan sesi khas pada Mei 13 lalu sebagai penghormatan kepada Paus Sto Yohanes XXIII.

“Inilah peristiwa pertama dan belum pernah terjadi dalam sejarah Parlimen Israel. Peristiwa ini sangat penting dalam hubungan Kristian dan dunia Katolik,” ujar Yair Tzeven, bekas menteri kerajaan dalam akhbar The Jerusalem Post.

“Semasa Perang Dunia II, Paus Sto Yohanes XXIII telah melakukan segala yang boleh demi menyelamatkan orangorang Yahudi,” kata Isaac Herzog, seorang menteri kabinet dari tahun 2005-2011, kini merupakan pemimpin parti pembangkang.

Isaac mengatakan bahawa datuknya, seorang rabbi terkenal, bertemu dengan Paus Sto Yohanes XXIII yang ketika itu masih seorang diplomat Vatikan di Turkey dan Greece. Yohanes XXIII benar-benar melakukan perkara-perkara hebat sehingga ribuan bangsa Yahudi terselamat. -- CWN

Total Comments:0

Name
Email
Comments