Pembaptisan: Kematian terhadap dosa, kebangkitan bersama Kristus dalam hidup baharu

Sto Siprianus (250) menegaskan bahawa “Pembaptisan yang menghapuskan dosa asal adalah tidak boleh ditunda.” (Cyprian, Epistles 64 ).

Apr 26, 2024

Fr Paul Mikin sedang membaptis salah seorang bayi di Gereja St Peter, Kuala Penyu.


KUALA PENYU: Sto Siprianus (250) menegaskan bahawa “Pembaptisan yang menghapuskan dosa asal adalah tidak boleh ditunda.” (Cyprian, Epistles 64 ).

Pada April 14 lalu, seramai 53 orang bayi dan kanak-kanak berumur tujuh tahun ke bawah telah dibaptis dalam upacara pembaptisan yang disempurnakan oleh Fr Paul Mikin di Gereja St Peter Bundu selepas Misa Kudus Minggu Paskah ke tiga.

Dalam homili singkatnya, Fr Paul Mikin menyatakan betapa pentingnya kita dan setiap anak yang dilahirkan dalam keluarga Katolik menerima pembaptisan agar anak-anak tersebut boleh menerima rahmat Tuhan dan dosa asal mereka disucikan.

Sehari sebelum upacara pembaptisan, para ibu bapa bersama penanggung telah mengikuti rekoleksi yang dikendalikan oleh Komiti Kerasulan Hidup Keluarga Kristian (KKHKK) yang dipengerusikan oleh Sdra Fred Judin Tangulon. Dua orang penceramah iaitu Sdra Jeffery Singli selaku Pengerusi Majlis Pastoral Paroki St Peter dan Katekis Christopher Mugin.

Dalam rekoleksi itu, ibu bapa dan penanggung diberi penjelaskan tentang Sakramen Pembaptisan dan peranan mereka sebagai pendidik utama dalam hal iman kepada anak-anak. Ibu bapa dan wali baptis juga diseru untuk mempraktikkan iman dan berusaha hidup kudus. — Marcus Angang

Total Comments:0

Name
Email
Comments