Pengampunan keajaiban paling mulia

Pengampunan keajaiban paling mulia

Jul 13, 2018

Kita telah diberi amaran tentang kuasa-kuasa jahat ini di dalam Alkitab. Bagi dunia untuk mencapai kesempurnaan sepenuhnya, Kristus mesti memenangi semua kuasa yang menentang Tuhan. Pertama, Kristus mesti menumpas dan memusnahkan kematian, kegelapan, kejahatan, kuasa api neraka, kuasa syaitan dan beberapa kuasa “pemerintah, penguasa, pemimpin dan raja”.

Sastera berkaitan kerohanian selalu menonjolkan bahawa peperangan yang berlaku di antara roh baik dengan roh jahat telah wujud sejak dari awal dunia lagi. Pada umumnya, ia dilihat sebagai satu peperangan rohani. Maka, sebagai umat Kristian, kita telah diberi amaran supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap kuasakuasa roh jahat.

Kita memang telah cuba melawan kuasa-kuasa ini bukan saja dengan berdoa dan terus berwaspada secara peribadi, malah dengan segala apa jua cara seperti dengan mengguna Air Suci, pengusiran roh-roh jahat serta menghindari daripada kuasa ilmu ghaib, fenomena paranormal, keajaiban, ilmu nujum, ilmu wasitah, ilmu pemujaan, sihir dan papan Ouija.

Orang Kristian menganggap semua ini berbahaya kerana melaluinya, roh-roh jahat akan merasuki manusia dan merosak kehidupan kita.

Pertama, Kristus mesti menumpas dan memusnahkan kematian, kegelapan, kejahatan, kuasa api neraka, kuasa syaitan dan beberapa kuasa “pemerintah, penguasa, pemimpin dan raja”.

Sebenarnya, apakah kuasa- kuasa yang dikatakan ini dan bagaimanakah Kristus akan mengalahkan kuasa-kuasa ini? Bagaimana kita sepatutnya menggambarkan pertempuran yang sedang berlaku?

Kita lebih maklum tentang bagaimana kematian telah dikalahkan. Kita percaya bahawa kemenangan akan dicapai melalui kebangkitan Yesus dan kebangkitan diri kita sendiri juga. Kita mempunyai tanggapan sendiri tentang syaitan dan neraka, tetapi sebagai umat Kristian kita percaya bahawa syaitan dan roh jahat terus wujud seiringan dengan Tuhan dan tetap melawan Tuhan dan syurga.

Namun, kepercayaan Kristian ini bukanlah kepercayaan umum dan sejagat. Terdapat beberapa ahli teologi dan ahli mistik yang percaya bahawa kemenangan Kristus akan berlaku apabila syaitan dapat ditakluki dan kembali ke syurga bersama dengan roh-roh lain yang berada di neraka.

Mereka percaya bahawa cinta kasih Tuhan sangat kuat sehingga pada akhirnya, tiada sesiapa, termasuk syaitan yang boleh melawanNya. Lambat-laun, cinta kasih akan memenangi semua orang dan kemenangan Kristus akan tercapai apabila neraka telah dikosongkan. Namun, kita masih tertanya- tanya tentang siapakah “pemerintah, penguasa, pemimpin dan raja” seperti yang dikatakan dalam Alkitab. Adakah perkataanperkataan itu merujuk kepada syaitan dan kuasa jahatnya? Atau adakah ia merujuk kepada kuasa roh-roh yang dipercayai tersembunyi dalam ilmu-ilmu ghaib, wasitah, pemujaan, sihir, nujum dan papan Ouija? Bagaimanakah kita membayangkan kuasa roh jahat?

Kita tidak pula menolak bahawa roh-roh jahat ini sebagai satu mitos tetapi sebagai individu, kita mempunyai gambaran tersendiri tentang kuasa-kuasa ini, dan biasanya kita terpengaruh dengan imej yang terdapat dalam Buku Wahyu serta hasilhasil kerja pelukis Kristian. Justeru itu, kita gambarkan bahawa peperangan rohani itu berlaku di sebalik semua perkara, di antara yang baik dengan yang jahat, peperangan yang akhirnya akan membawa kemenangan kepada Kristus setelah Dia mengalah dan memusnahkan kuasakuasa jahat, seperti dalam kisah lama di mana Malaikat Mikhail mengalahkan syaitan dan menghalaukannya dari syurga.

Walau bagaimanapun, semua imej ini, pada dasarnya, tidak digambarkan secara harfiah, tetapi bertujuan mengingatkan kita akan sesuatu yang lebih tersirat. Maka, apakah dan siapakah sebenarnya “pemerintah, penguasa, pemimpin dan raja” yang melawan Kristus dan bagaimanakah kuasa-kuasa ini dapat dikalahkan? Bagaimanakah seharusnya kita menggambarkan peperangan rohani yang berlaku di sebalik banyak kejadian?

Sebenarnya, peperangan rohani yang diterangkan dalam kitab dan dalam kerohanian tulen tidak banyak berkaitan dengan ilmu-ilmu ghaib dan pengusiran, malah lebih berkait rapat dengan narsisme, tamak haloba, kemarahan, kekecewaan, kebencian, nafsu, kelukaan, hasad dengki dan kejahilan.

Semua ini merupakan “pemerintah, penguasa, pemimpin dan raja” yang melawan Kristus dan peperangan melawan perkara-perkara ini adalah pertempuran di antara kebaikan dan kejahatan. Peperangan rohani tulen hendaklah digambarkan seperti ini: di dalam dunia dan di dalam diri kita sendiri, terdapat pergelutan sengit, peperangan di antara baik dan jahat, dan para pesertanya ialah: kebencian melawan cinta kasih; kemarahan melawan kesabaran; tamak haloba melawan kemurahan hati; kepahitan melawan kebaikan budi; hasad dengki melawan kekaguman; ego dan narsisme melawan belas kasihan dan hidup bermasyarakat; dan kebencian diri bertelagah dengan penerimaan cinta kasih dan menghindari diri kita daripada bersatu dalam dakapan cinta kasih Tuhan.

Paranoia bertempur dengan metanoia. Itulah peperangan benar yang sedang berlaku di dunia ini dan di dalam diri kita sendiri.

Tuhan telah memberi amaran kepada kita melalui kitab, mengatakan bahawa kebencian, kemarahan, paranoia, tamak haloba, hasad dengki, kekecewaan, nafsu, tidak mengampuni dan bencikan diri sendiri merupakan kuasa-kuasa jahat “pemerintah, penguasa, pemimpin dan raja”.

Justeru itu, kemenangan muktamad Kristus akan berlaku apabila kuasa-kuasa jahat ini dapat dikalahkan, dan apabila kita berdamai dengan kebaikan, cinta kasih, amanah, dengan diri sendiri, dengan sesama serta dengan apa yang telah berlaku dalam hidup kita, dengan kesilapan kita, dengan orang yang pernah melukai kita, dengan orang yang pernah kita sakiti, dengan kelemahan kita dan dengan ketidaksabaran kita dengan Tuhan. Sementara itu, peperangan rohani akan terus berlaku sehingga akhir zaman. -— Fr Ron Rolheiser @ Hakcipta terpelihara 1999- 2018

Total Comments:0

Name
Email
Comments