Penyusunan semula AJP Wanita Katolik St Sabina

Penyusunan semula AJP Wanita Katolik St Sabina

Jul 06, 2018

ST SABINA, Kg Titimboungon , Papar : Pengalaman enam tahun mengetuai Wanita Katolik KUK St Sabina menyebabkan para Wanita Katolik telah memilih semula Pn.Milina Nandu sebagai Pengerusi.

Pada 8 Julai yang lalu, Liga Wanita Katolik Pusat, Holy Rosary Limbahau diketuai oleh Pn Dorothy Sham telah mengunjungi Gereja St Sabina bagi menyaksikan pembubaran AJP Wanita Katolik St Sabina penggal 2015-2018 dan penyusunan semula AJP Wanita Katolik di KUK tersebut.

Sebelum dibubarkan, Pengerusi KUK, Sdra Primus Dunatus di dalam ucapannya mengucapkan syabas kepada yang bakal terpilih serta memuji para wanita Katolik yang merupakan “tulang belakang pelayanan Gereja.”

Barisan AJP Wanita Katolik KUK St Sabina bagi penggal 2018-2021 diketuai oleh Pn Milina Nandu dan Timbalannya, Pn Pulunia Mangking.

Total Comments:0

Name
Email
Comments