Sri Paus minta biarawati pejuang anti-pemerdagangan manusia, tulis renungan Jalan Salib

Sri Paus Fransiskus telah meminta seorang pejuang anti pemerdagangan manusia, Sr Eugenia Bonetti, 80, seorang biarawati Itali dari kongregasi Consolata, untuk menyiapkan teks Jumaat Agung pada April 19.

Apr 12, 2019

VATIKAN: Sri Paus Fransiskus telah meminta seorang pejuang anti pemerdagangan manusia, Sr Eugenia Bonetti, 80, seorang biarawati Itali dari kongregasi Consolata, untuk menyiapkan teks Jumaat Agung pada April 19.

Pemangku pengarah Jabatan Akhbar Vatikan, Alessandro Gisotti mengatakan, ""Kesengsaraan ramai orang yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia akan menjadi tema pusat meditasi untuk membantu umat berjalan kaki dalam jejak Kristus dan merenungkan dosa dan penderitaan hari ini, dan bagaimana orang Kristian harus bertindak balas.

Setiap tahun, Sri Paus meminta orang lain untuk menulis ulasan dan doa dalam Ibadat Jalan Salib, sempena Jumaat Agung.

Sr Bonetti merupakan seorang ketua di kalangan religius wanita yang bekerja menentang pemerdagangan orang. Beliau memulakan dan mengetuai inisiatif antipemerdagangan orang untuk Kesatuan pemimpin-pemimpin Biara dan membantu melatih para pegawai di Itali dan Amerika Syarikat berkaitan isu tersebut.

Sr Bonetti pernah dianugerahkan award sebagai wira dalam membantu mangsa pemerdagangan orang pada tahun 2004 dan award, “Wanita Berani” kerana membantu mewujudkan kesedaran dan contoh pemimpin wanita berkaliber antarabangsa pada tahun 2007.

Pada tahun 2014, Presiden Itali telah menganugerahkan beliau "Order of Merit" di atas sumbangan dan perjuangan tanpa mengenal lelah. Kini, Sr Bonetti merupakan presiden kepada sebuah persatuan di Itali, “Slave No More” yang membantu membina kehidupan semula kanak-kanak dan wanita, yang menjadi mangsa diskriminasi, perdagangan seks dan keganasan. — media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments