Ulang tahun kemerdekaan ke-50 Bangladesh, Sangti Papa kirim pesan video

Sri Paus Fransiskus telah mengirim pesan kepada rakyat Bangladesh yang merayakan dua perayaan penting pada 26 Mac lalu iaitu perayaan seratus tahun ke

Mar 27, 2021

DHAKA: Sri Paus Fransiskus telah mengirim pesan kepada rakyat Bangladesh yang merayakan dua perayaan penting pada 26 Mac lalu iaitu perayaan seratus tahun kelahiran Sheikh Mujibur Rahman dan peringatan 50 tahun kemerdekaan negara itu.

“Bangladesh adalah negara muda, dan selalu memiliki tempat khusus di hati para Santi Papa, yang sejak dahulu lagi bersolidariti dengan rakyatnya, berusaha untuk mendampingi mereka dalam mengatasi masamasa sukar serta menyokong mereka dalam membangunan  bangsa, ” kata Sri aus Fransiskus yang pernah mengunjungi negara itu pada 2017.

“Bertepatan dengan peringatan 50 tahun kemerdekaan anda, saya sekali lagi menyampaikan keyakinan kuat saya bahawa masa hadapan demokrasi dan keadilan dalam politik Bangladesh sangat didasari pada visi pembentukannya dan warisan dialog yang tulus, serta penghormatan terhadap kemajmukan yang telah anda usahakan selama bertahun-tahun ini,” kata Bapa Suci Fransiskus. — LiCASnews. com

Total Comments:0

Name
Email
Comments