Umat hayati kerohanian menjadi pelayan Liturgi

Komiti Liturgi Paroki St.Joseph,Plentong telah menganjurkan rekoleksi untuk para pelayan Liturgi pada 23 Jun lalu.

Jul 06, 2018

PLENTONG, Johor: Komiti Liturgi Paroki St.Joseph,Plentong telah menganjurkan rekoleksi untuk para pelayan Liturgi pada 23 Jun lalu.

Rekoleksi ini dimulakan dengan sesi puji-pujian kepada Tuhan dan renungan Injil pada hari tersebut.

Para penyampai sesi dalam rekoleksi ini ialah Sr Jaslia dan Sr Maria Magdalena FSIC, dua orang Sister dari kongregasi tempatan Sabah yang diutus ke Keuskupan Melaka-Johor untuk pelayanan pastoral di kalangan umat berbahasa Malaysia di sini.

Sr Jaslia, dalam sesi pertama, menekankan tentang apakah itu rekoleksi, tujuan dan pengenalan akan jenisjenis pelayanan, etika dalam pelayanan, dan kerohanian seorang pelayan.

Dalam sesi kedua yang disampaikan oleh Sr Maria Magdalena, beliau menyentuh tentang perincian tatacara dalam perjalanan Misa Kudus, tugas-tugas dan peranan dalam setiap pelayanan seperti pelayan umat atau W a r d e n , P e l a y a n Komuni,Pelayan Altar, Lektor, pemudahcara serta pemazmur.

Dalam rekoleksi ini, para peserta disedarkan bahawa sebagai pelayan-pelayan Tuhan, kita seharusnya memahami bahawa kita adalah pelayan Tuhan dan Tuhan yang telah memilih dan memanggil kita dalam membangun Tubuh Kristus. Kita perlukan iman dalam pelayanan kita dan mintalah selalu rahmat dari Tuhan agar kita mampu melaksanakan pelayanan kita dengan penuh sukacita dan kasih.

Berdasarkan perkongsian daripada para peserta, mereka sangat mengharapkan agar rekoleksi seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk lebih mendalami dan memahami pelayanan mereka.

Para pelayan juga memperbaharui komitmen mereka pada 8 Julai, 2018. — Matius Lahang

Total Comments:0

Name
Email
Comments