Klerus Pulau Pinang alami pembaharuan rohani dalam CER

“Kita semua memerlukan rahmat penyembuhan dan yang paling penting, pertemuan peribadi dengan Tuhan,” kata seorang kardinal dari Singapura yang dijemput untuk memimpin sebuah retret untuk para paderi dan diakon Keuskupan Pulau Pinang.

Apr 25, 2025


PULAU PINANG:
“Kita semua memerlukan rahmat penyembuhan dan yang paling penting, pertemuan peribadi dengan Tuhan,” kata seorang kardinal dari Singapura yang dijemput untuk memimpin sebuah retret untuk para paderi dan diakon Keuskupan Pulau Pinang.

Seramai 54 orang paderi dan diakon dari Keuskupan Pulau Pinang berkumpul di Stella Maris Retreat Centre baru-baru ini, untuk Retret Pengalaman Pertaubatan (CER).

Pada akhir Oktober 2024, Uskup Pulau Pinang, Kardinal Sebastian Francis, menjemput Uskup Agung Singapura, Kardinal William Goh, untuk memimpin CER bagi para paderi dan diakon demi “pengalaman pertemuan lebih mendalam dengan Tuhan Yesus.”

Empat hari pertama retret, para paderi dan diakon yang disokong oleh para-liturgi, penghayatan mendalam tentang pengampunan, pujian dan penyembahan, membukakan pintu hati mereka untuk menerima pengalaman pahit, melupakan salah faham, kemarahan dan mengalami penyembuhan.

Pada hari kelima, ketika mereka memperbaharui janji imamat, mereka memeluk uskup mereka, mempunyai lebih semangat kesatuan seperti yang digambarkan oleh rasul Petrus dalam 1 Petrus 3: 8: “Akhirnya bersatu hatilah kamu semua, dan amalkan belas ihsan antara satu sama lain. Jalinkanlah kasih persaudaraan antaramu, dengan hati yang lembut dan adab sopan yang baik.”

Kardinal Sebastian Francis berkongsi pengalaman peribadainya semasa retret bahawa, bahkan untuk Pontius Pilatus, jika dia menghendaki, dia juga akan menerima pengampunan dan penyembuhan.

Prelatus itu juga menyatakan kekagumannya terhadap pasukan retret yang membantu Kardinal William Goh semasa doa hening, puasa, pengorbanan, pujian, ibadah, dan para-liturgi yang penuh semangat.

Kardinal William pula berkongsi bahawa beliau amat tersentuh dengan kerendahan hati para paderi dan diakon yang mengambil bahagian.

Katanya, “retret itu menunjukkan bahawa paderi dan diakon juga lapar rohani untuk pengalaman yang lebih mendalam tentang cinta Tuhan. Mereka juga telah terluka akibat pelayanan atau semasa mereka muda dan mencari belas kasihan, pengampunan serta penyembuhan Tuhan.”

Total Comments:0

Name
Email
Comments