1,047 calon baptis untuk Gereja Katolik SM
Gereja Katolik di Semenanjung Malaysia mengalualukan 1,047 calon baptis pada tahun ini. Jumlah tersebut meningkat sedikit berbanding daripada 1,016 pembaptisan tahun lepas.
Mar 28, 2025

KUALA LUMPUR: Gereja Katolik di Semenanjung Malaysia mengalualukan 1,047 calon baptis pada tahun ini. Jumlah tersebut meningkat sedikit berbanding daripada 1,016 pembaptisan tahun lepas. Ritus Pilihan, upacara liturgi utama yang menandakan penerimaan rasmi katekumen ke dalam Gereja telah disambut di tiga Keuskupan/Agung di Semenanjung Malaysia pada Hari Minggu pertama Pra-Paskah.
Dengan tema “Penziarah Harapan” para katekumen diseru untuk memulakan perjalanan iman serta berkembang dalam kekudusan.” Uskup Agung Julian menggalakkan para katekumen agar melakukan ziarah dalam tahun Jubli ini di pusat-pusat ziarah yang diumumkan dalam Keuskupan Agung Kuala Lumpur.
Di Keuskupan Melaka Johor, seramai 530 katekumen berkumpul di Katedral Hati Kudus Yesus untuk Upacara Pilihan. Misa dipimpin oleh Uskup Bernard Paul dan dibantu oleh Diakon Dr Sherman Kuek OFS.
Semasa menyampaikan homilinya kepada para katekumen, Uskup Bernard menekankan pentingnya proses ketika mereka mempersiapkan pembaptisan. Bapa Uskup menggesa mereka untuk mendengar dengan penuh perhatian kepada suara Tuhan, bukannya suara-suara duniawi.
“Suara Tuhan membawa kedamaian dan menghilangkan ketakutan. Ada yang mungkin menganggap Tuhan sebagai ‘keras’ tetapi suara-Nya lembut, menarik dan menggalakkan, tidak pernah memaksa atau mengancam,” kata Uskup Bernard yang juga meyakinkan katekumen bahawa impian Tuhan ialah untuk kita bersatu dengan Dia, menjadi satu di dalam-Nya.
Di Keuskupan Pulau Pinang, Upacara Pilihan dirayakan pada Mac 8 dan 9 iaitu di Gereja Holy Name of Mary, Permatang Tinggi dan Gereja St Michael, Ipoh. Seramai 156 katekumen dari Dekaneri Utara dan Pulau mengambil bahagian, sementara 61 katekumen dari Dekaneri Perak dialu-alukan di Gereja St Michael.
Kedua-dua upacara itu dipimpin oleh Kardinal Sebastian Francis. Dalam semangat Tahun Jubli Harapan 2025, Kardinal Sebastian menggalakkan semua untuk merangkul kegembiraan harapan dan meneruskan perjalanan Pra- Paskah dengan dibimbing oleh tokoh-tokoh rohani seperti Malaikat Agung Gabriel, Roh Kudus dan Beato Carlo Acutis.
Kardinal menekankan pentingnya pertaubatan dan percaya kepada Injil dan menggesa semua untuk menjalani ziarah harapan serta bersatu dalam iman melalui doa, puasa dan amal.
Total Comments:0