Adakah malaikat itu lelaki, bersayap?
Pertama, menurut tradisi Gereja Katolik, malaikat-malaikat adalah roh murni. Mereka adalah makhluk ciptaan Tuhan yang adalah murni roh dan tidak memiliki tubuh jasmani seperti manusia.
Dec 19, 2020

Soalan: Proses kelahiran Yesus sering diwarnai dengan penampakan malaikat misalnya dalam peristiwa membawa khabar sukacita, mendorong Yusuf, bernyanyi gembira atas kelahiran Yesus, dan memberitahu gembala. Apakah mereka ini semuanya lelaki? Benarkah mereka ini mempunyai sayap? — Nona
Jawaban: Pertama, menurut tradisi Gereja Katolik, malaikat-malaikat adalah roh murni. Mereka adalah makhluk ciptaan Tuhan yang adalah murni roh dan tidak memiliki tubuh jasmani seperti manusia.
Mereka memiliki akal budi dan mampu mengambil keputusan moral dan bertindak. Oleh kerana mereka tidak mempunyai tubuh, maka mereka juga tidak memiliki gender. Kerana itu, para malaikat bukanlah lelaki mahupun perempuan. Mereka ini juga tidak berkahwin dan tidak dikahwinkan. Inilah yang dimaksudkan Yesus ketika berkata: “Kerana pada waktu kebangkitan, orang tidak kahwin dan tidak dikahwinkan melainkan hidup seperti malaikat di syurga” (Mat 22:30). Meskipun mereka roh murni, tetapi mereka dapat memakai tubuh seperti halnya manusia memakai jas atau mantel. Ertinya, tubuh itu bukanlah bahagian melekat pada keberadaan mereka, tetapi hanyalah tambahan yang dapat dilepaskan.
Kedua, mungkin yang dimaksud kan dalam pertanyaan ialah bahawa dalam peristiwa-peristiwa di atas, malaikat menampakkan diri lebih sering sebagai lelaki daripada sebagai perempuan. Juga dalam lukisan-lukisan atau patung-patung, para malaikat dilukiskan lebih sebagai lelaki.
Penampakan-penampakan itu mengandaikan bahawa malaikat-malaikat itu menggunakan penampilan fizikal agar dapat dilihat oleh mata manusiawi. Penampilan fizikal malaikat belum muncul pada tradisi Ibrani, kerana Tuhan menampakkan diri secara langsung atau face to face dengan Adam dan Musa. Kerana itu tidak diperlukan malaikat.
Dalam tradisi Yahudi yang menekankan sifat transenden dan kesucian Tuhan, muncullah figura malaikat sebagai pengantara antara Tuhan dan manusia. Dalam Perjanjian Baru, penampakan mereka menjadi lebih sering dan jelas dalam Injil mahupun di dalam tulisantulisan Kristiani sesudah Yesus.
Ketiga, ketika malaikat menampakkan diri kepada manusia, selalu menampakkan diri dalam rupa kasatmata dan bergender maskulin. Misalnya, kita dapat merujuk kepada Kej 18:2 yang menunjukkan malaikat Tuhan menampakkan diri dan diterima oleh Abraham dengan keramah-tamah-annya. Contoh lain ialah Yos 5:13, Yeh 9:2 dan Za 1:8, yang menunjukkan keberadaan malaikat sebelum tradisi Kristiani. Dalam Perjanjian Baru dapat dirujuk Luk 24:4 di makam sesudah kebangkitan dan Kis 1:0 pada kenaikan Yesus ke syurga.
Juga ketika tidak dikatakan apa gender dari malaikat-malaikat, situasi atau keadaan yang ada cenderung menunjukkan bahawa mereka adalah lelaki atau menggunakan nama lelaki. Tugastugas malaikat seringkali adalah pekerjaan yang dilakukan oleh lelaki dan bukan oleh perempuan dalam budaya kuno, misalnya tugas Malaikat Agung Rafael yang membimbing perjalanan Tobit untuk menemukan seorang isteri, dll. Inilah sebabnya mengapa penampakan malaikat-malaikat itu lebih banyak maskulin.
Keempat, kitab-kitab suci kanonik memberikan nama kepada tiga Malaikat Agung. Tugas ketiga-tiga Malaikat Agung itu menggambarkan fungsi maskulin. Gabriel menafsirkan visi dalam Kitab Daniel dan tentu memainkan peranan sentral dalam kisah kelahiran Yesus dan Yohanes Pembaptis. Rafael dan Mikael, iaitu “pemimpin besar” (Dan 12:1) dan pemimpin dari bala tentera malaikat dalam kitab Wahyu (Why 12:7). Sebagai utusan dan tentara Tuhan, gender maskulin dirasa lebih sesuai. Demikian pula, pandangan tentang Tuhan juga menggunakan gender maskulin.
Kelima, para malaikat sebenarnya tidak mempunyai sayap. Gambaran malaikat dengan sayap sebenarnya hanyalah cara untuk menunjukkan bahawa mereka itu mempunyai sifat Ilahi, mirip dengan Tuhan. Demikian pula, para malaikat juga tidak mempunyai lingkaran di kepala. — Dr Fr Petrus Maria Handoko CM, hidupkatolik. com
Total Comments:1