Amoris Laetitia fokus Perhimpunan Pastoral Lahad Datu

Ekshortasi Apostolik Sri Paus Fransiskus, Amoris Laetitia merupakan rujukan utama Perhimpunan Pastoral Paroki St Dominic, Lahad Datu, baru-baru ini.

Mar 08, 2025


LAHAD DATU:
Ekshortasi Apostolik Sri Paus Fransiskus, Amoris Laetitia merupakan rujukan utama Perhimpunan Pastoral Paroki St Dominic, Lahad Datu, baru-baru ini.

Perhimpunan itu disertai 186 peserta yang dialu-alukan oleh paderi paroki St Dominic, Fr Stanley W. Matakim.

Sesi dimulakan dengan aktiviti “ice-breaking”, diikuti dengan pembentangan Bab Satu hingga Tiga Amoris Laetitia. Program hari pertama diakhiri dengan doa penutup oleh Fr Stanley.

Pada keesokan hari, perhimpunan dimulakan dengan Misa Kudus dan selepas sarapan, para peserta mengikuti Perbualan Rohani pusingan pertama dalam kumpulan.

Pembentangan Bab Empat hingga Lima Amoris Laetetia pada sesi kedua dan pembentangan Bab Tujuh hingga Sembilan diadakan pada sebelah petang.

Perbualan Rohani yang diadakan pada setiap kali pembentangan, memberi peluang kepada setiap peserta untuk menyuarakan pendapat dan langkah-langkah tindakan berdasarkan soalan yang diberikan.

Perhimpunan itu ditutup dengan ucapan terima kasih oleh Pengerusi Majlis Pastoral Paroki, Encik Willie Binati, yang menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua hadirin.

Fr Stanley mengakhiri Perhimpunan Pastoral itu dengan doa penutup, diikuti minum petang dan sesi bergambar bersama. --Majlis Pastoral Paroki

Total Comments:0

Name
Email
Comments