Arwah pengganggu
Pertama, memang harus dicermati terlebih dahulu apakah yang dilihat oleh pembantu itu benar-benar arwah, atau mungkin hanya bayangan atau halusinasinya sahaja.
Nov 03, 2017
Soalan: Apabila ada arwah yang mengganggu, apa yang harus kita lakukan? Pembantu rumah saya dalam ketakutan kerana mendapat “penglihatan” orang-orang yang sudah meninggal. Anak saya yang masih bayi juga sering menangis kuat tanpa sebab, semasa pembantu saya itu mendapat “penglihatan”. Bagaimana mengusir arwah-arwah ini?--Jimmy dan Lina
Jawaban: Pertama, memang harus dicermati terlebih dahulu apakah yang dilihat oleh pembantu itu benar-benar arwah, atau mungkin hanya bayangan atau halusinasinya sahaja.
Misalnya, mungkin semasa keadaan gelap, langsir jendela yang ditiup angin dan bergerak, kemudian ditafsirkan sebagai “kemunculan” arwah orang yang sudah meninggal.
Ketakutan boleh membuat orang mudah menafsirkan apa yang dipercayainya.
Namun, tidak dinafikan, ada orang (mungkin pembantu anda salah seorang daripadanya) mempunyai kepekaan untuk melihat arwah atau orang yang sudah meninggal. Memeriksa kebenaran fakta akan membantu kita untuk mengambil tindakan yang tepat.
Kedua, jika memang ada arwah yang “menampakkan diri” atau menunjukkan kehadirannya melalui cara-cara yang tidak dapat dijelaskan oleh nalar, maka yang perlu dilakukan ialah mendoakan mereka. Mungkin mereka ini adalah para arwah yang telah dilupakan atau sangat memerlukan doa kita yang masih hidup.
Mereka memerlukan doa agar proses penyucian diri mereka dapat diringankan atau dipercepat. Oleh itu, sebaiknya kita tidak takut dan menjauhi, kerana jika kita semakin menjauhi mereka, para arwah itu tidak mendapat bantuan rohani.
Jika anda kebetulan atau mengalami hal ‘penampakan’ arwah ini, sebaiknya kita mendoakan arwaharwah itu, kerana inilah yang memang mereka perlukan. Selain doa-doa, sebaiknya juga dipersembahkan Ekaristi untuk ketenangan para arwah itu.
Ketiga, kita tidak perlu mengusir arwah yang menampakkan diri. Jika doa-doa kita sudah membebaskan mereka dan mereka mendapatkan pengampunan dosa dan kebahagiaan kekal, mereka tidak akan menampakkan diri lagi atau “mengganggu”.
Ketika arwah-arwah itu sudah mendapatkan bantuan rohani untuk mencapai kebahagiaan kekal, mereka tentu juga akan berdoa untuk kita di hadapan Tuhan di syurga.
Soalan II: Dikatakan bahawa Rafael adalah salah satu dari tujuh malaikat yang melayani di hadapan Tuhan (Tob 12:15). Siapa nama malaikat-malaikat yang lain? Apakah nama malaikat lain ada disebut dalam Kitab Suci? — Tonie, 019 -812xxxx
Jawaban: Memang dalam Tob 12:15 dan juga Why 8:2, dikatakan ada tujuh malaikat yang melayani di hadapan Tuhan. Hanya lima nama dapat ditemui dari ketujuh-tujuh malaikat itu. Tiga nama dapat ditemui dalam Kitab Suci rasmi kita, dua lagi nama malaikat diketahui dalam kitab-kitab apokrif.
Nama malaikat tidak menunjukkan hakikat mereka, melainkan fungsi mereka. Malaikat atau angelos (Latin) bererti utusan. Malaikat adalah “rohroh yang melayani, yang diutus untuk melayani mereka yang harus memperoleh keselamatan.” (Ibr 1:14).
Fungsi para malaikat ialah menjaga manusia (Tob 3:17; Mzm 91:11; Dan 3:49 dst), dan membawa doa-doa manusia kepada Tuhan (Tob 12:12). Mereka juga memimpin para bangsa ke tujuan mereka (Dan 10:13-21). Mereka juga menjelaskan makna dari penglihatan (Ezr 40:3 dst; Zef 1:8 dst). Mereka menerima nama-nama sesuai fungsi mereka masing-masing.
Rafael bererti “Tuhan menyembuhkan” (Tob 3:17; 12:15), Gabriel bererti “pahlawan Tuhan” (Dan 8:16; 9:21; Luk 1:19.26), Mikael bererti “Siapa seperti Tuhan?” (Dan 10:13.21; 21:1; Why 12:7).
Mikael merupakan ketua para malaikat dan Tuhan mempercayakan kepada Mikael akan umat Israel (Dan 10:13.21; 12:1). Dalam kitab-kitab apokrif dapat ditemui dua nama malaikat lagi, iaitu Raguel (1 Enoch 20:4) dan Uriel (1 Enoch 9:1; 19:1; 20:2). --Fr Dr Petrus Maria Handoko CM, hidupkatolik.com
Total Comments:0