Audiens Bersama Sri Paus Fransiskus: ‘Jual’ semua yang menghalang kita

Semasa Sri Paus Fransiskus berehat selepas ditahan di Hospital Gemelli hampir sebulan akibat masalah pernafasan, beliau meminta umat beriman untuk melepaskan semua halangan yang menghalang kita daripada menerima cinta Tuhan yang luar biasa.

Apr 18, 2025


TAKHTA SUCI:
Semasa Sri Paus Fransiskus berehat selepas ditahan di Hospital Gemelli hampir sebulan akibat masalah pernafasan, beliau meminta umat beriman untuk melepaskan semua halangan yang menghalang kita daripada menerima cinta Tuhan yang luar biasa.

Perkara ini dinyatakannya dalam teks yang telah disediakan untuk Audiens Hari Rabu. Sri Paus meminta akhbar Takhta Suci untuk menerbitkannya. Sejak dibenarkan pulang dari hospital, doktor mengesyorkan dua bulan rehat untuk pemulihan yang betul dan pejabat akhbar Vatikan terus mengedarkan katekesis yang disediakan oleh Bapa Suci untuk audiens, seperti yang dilakukannya semasa dimasukkan ke hospital.

Pertemuan Yesus dengan pemuda kaya
Dalam katekesisnya, Bapa Suci memberi tumpuan kepada salah satu pertemuan yang berlaku dalam kehidupan Yesus.

Sri Paus mengambil episod Alkitab dalam Injil Sto Markus 10: 17-22, seorang lelaki berlari ke Yesus dan bertanya, “Guru yang baik, apa yang harus saya lakukan untuk mewarisi kehidupan kekal?”

Yesus mengingatkan pemuda itu tentang perintah-perintah dan memberitahunya untuk menjual segala yang dia miliki, memberikannya kepada orang miskin, dan kemudian mengikuti Dia.

Pemuda itu terkelu, tidak dapat berbuat demikian dan berasa sangat sedih.

Kemungkinan kebahagiaan sejati
Bapa Suci mengingatkan kita bahawa cinta Yesus menawarkan manusia permulaan dan pembaharuan hidup. Yesus “mengasihi pemuda itu. Dia terlebih dahulu mengasihi orang itu dan menjemput-Nya untuk mengikuti Dia.”

Bapa Suci mengagumi cinta Yesus yang diberikan secara bebas — yang bertentangan dengan logik merit yang membimbangkan pemuda itu.

“Kita seharusnya sangat gembira kerana kita disayangi dengan cara ini: bebas, dengan rahmat.”

‘Jual’ semua yang menghalang kita
Untuk mengisi kekurangan atau menutup kekosongan dalam diri kita, “Kita tidak boleh cuba untuk ‘membeli’ pengiktirafan, kasih sayang atau harga diri, sebaliknya, kita mesti ‘menjual’ segala -galanya yang menghalang kita, yang menghalang kebebasan kita untuk mengasihi Tuhan sepenuhnya. Kadang-kadang kita fikir perkara- perkara itu adalah khazanah, tetapi, ia mungkin beban yang menghalang kita selama ini!”

Pada akhir katekesisnya, Bapa Suci menyeru semua umat beriman agar mempercayakan hati yang sedang sedih dan tidak dapat membuat keputusan kepada Yesus agar dapat merasai pandangan Tuhan yang penuh kasih sayang.

Menurut laporan terkini Media Vatikan, pada April 10, Bapa Suci membuat lawatan mengejut ke makam Sto Pius X. Ini merupakan kali kedua penampilan Bapa Suci yang tidak dijangka selepas muncul buat seketika semasa Jubli orang Sakit.

Sri Paus Fransiskus kelihatan masih menggunakan bantuan pernafasan dan duduk di atas kerusi roda. Bapa Suci berhenti berdoa di makam Sto St Pius X, seorang Bapa Suci yang amat dihormati oleh Sri Paus Fransiskus. --Media Vatikan

Total Comments:0

Name
Email
Comments