Belia Katolik Malaysia diajak bawa Salib ke seluruh penjuru negeri

Selepas Malaysia Catholic Youth Day 2025 (MCYD) ke mana hala tuju kita? soal Uskup Agung Simon Poh, Uskup Episkopal untuk Pelayanan Kampus Malaysia dan Presiden Konferensi Para Uskup Malaysia.

Apr 18, 2025


KOTA KINABALU: Selepas Malaysia Catholic Youth Day 2025 (MCYD) ke mana hala tuju kita? soal Uskup Agung Simon Poh, Uskup Episkopal untuk Pelayanan Kampus Malaysia dan Presiden Konferensi Para Uskup Malaysia.

"Selepas MCYD 2025, kita kembali semula ke komuniti kita, ke paroki kita, ke rumah panjang, kampung melalui Perjalanan Salib Katolik Malaysia.”

Uskup Metropolitan Kuching itu mengingatkan, “Hari terakhir MCYD bukan penutup tetapi permulaan. Selepas ini, kita berjalan bersama dengan Perjalanan Salib Katolik Malaysia bersama belia di tempat kita masingmasing.”

Uskup Agung Simon Poh amat gembira dan sangat menghargai pengalamannya dalam selama enam hari bersama para belia yang julung kalinya diadakan dari Mac 31 hingga April 5 lalu.

“Sebagai belia, kita sedar bahawa seperti Yesus, kita berjalan bersama-Nya ke Emaus. Kita berjalan bersama Salib Katolik Malaysia. Ketika kita meninggalkan Yerusalam pada hari Jumaat Agung, tidak ada yang tinggal, tidak ada lagi harapan.”

Namun ketika kita berkumpul di MCYD, melalui Perbualan Roh, kita melihat cabaran yang kita hadapi, dengan pujian dan penyembahan, dengan Misa Kudus, dengan berjalan bersama para Uskup Malayisa, kita menyedari bahawa kita tidak berjalan sendirian. Yesus sentiasa hadir di tengah-tengah kita. Yesus sentiasa mendengar kita.

Selepas ini, marilah kita bersama-sama membawa Salib Katolik Malaysia kepada rakan-rakan, di tempat kita sendiri. Bawalah sukacita, iman dan harapan Yesus kepada semua orang!

"Wahai anak muda, andalah the now of God! Mari kita keluar dan mewartakan-Nya. Marilah melakukan perubahan!” seru Uskup Agung Simon Poh.

Perayaan Ekaristi penutup dan pengutusan MCYD
Uskup Agung Simon Poh memimpin Misa penutup MCYD2025 sekaligus mengutus para belia untuk menjadi pewarta sukacita Injil di tempat masing-masing.

Perayaan Ekaristi itu turut dihadiri oleh para Uskup/agung Malaysia, para paderi dan religius, di Katedral Sacred Heart pada April 5.

Menariknya, selepas menyampaikan homili singkat, Uskup Agung Simon menjemput lima orang belia dari lima paroki pusat MCYD 2025 untuk memberikan perkongsian mereka. Salah seorang yang berkongsi pengalaman ialah seorang belia kurang upaya penglihatan, Sdra Blaise Yong dari Keuskupan Keningau.

Beliau menyeru para peserta MCYD agar tidak mengabaikan belia Katolik kurang upaya untuk didampingi dan dibimbing.

Blaise yang sebelum ini pernah menyertai Sabah Youth Day-6 di Keuskupan Keningau pada tahun lalu, begitu merasai, beliau perlu bantuan daripada para belia lain untuk memahami perjalanan program.

Oleh sebab itu, beliau mewakili belia Katolik kurang upaya agar belia tidak mengabaikan pelayanan untuk golongan ini. Kembalilah semula di sini

Di mana sahaja kita berada, sama ada di Malaysia, Thailand dan Timor-Leste, ada ‘rumah’ kita iaitu Gereja. Gereja adalah rumah kita di mana sahaja kita berada, merantau atau belajar,” ucap Uskup Agung John Wong.

Prelatus itu mengatakan, “kehadiran anda semua dalam MCYD2025 ini menjadikan Keuskupan Agung Kinabalu tempat yang kudus!”

Beliau juga menjemput semua peserta agar datang semula ke Kota Kinabalu untuk bercuti dan melawat semula keluarga-keluarga angkat mereka.

“Ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada MOT, LOT dan keluarga angkat. Anda telah menjadikan MCYD2025 meriah dan berjaya. Semoga Tuhan memberkati kita semua,” ungkap Uskup Agung John.

Tiupan shofar
MCYD 2025 ditutup dengan tiupan shofar yang mengingatkan para belia agar sentiasa bersiap sedia, bahawa mereka kembali ke tempat masing-masing, menjadi “Gereja” yang sentiasa membawa belas kasihan, sukacita dan harapan Yesus kepada semua orang.

Total Comments:0

Name
Email
Comments