Bengkel KOMSOS bantu kembangkan kemampuan menulis dan buat liputan
Asas penulisan artikel dan teknif fotografi merupakan antara sesi yang disampaikan kepada 30 orang peserta Bengkel KOMSOS (Komunikasi Sosial) di Gereja St Anthony Abbot, baru-baru ini.
Apr 18, 2025

APIN-APIN: Asas penulisan artikel dan teknif fotografi merupakan antara sesi yang disampaikan kepada 30 orang peserta Bengkel KOMSOS (Komunikasi Sosial) di Gereja St Anthony Abbot, baru-baru ini.
Bengkel ini merupakan kerjasama antara KOMSOS Zon Apin-Apin dan KOMSOS paroki Keningau yang bertujuan memperkenalkan peranan KOMSOS di dalam pelayanan Gereja.
Kehadiran para peserta mencerminkan minat dan komitmen yang tinggi terhadap dunia penulisan dan jurnalistik serta ingin mengetahui teknik-teknik mengambil gambar yang betul.
Sdra Juanis Marcus, pengerusi KOMSOS paroki Keningau dan Sdri Carol Liew, merupakan antara penceramah dalam bengkel tersebut.
Antara topik yang telah diberikan dalam bengkel ini ialah Pengenalan KOMSOS, penulisan berita untuk aktiviti Gereja, etika KOMSOS semasa membuat liputan, basic photography dan phone photography, serta cara pemasangan peralatan untuk “Live Streaming”.
Di setiap sesi tersebut turut diselitkan dengan latihan praktikal bagi para peserta.
Bengkel itu diakhiri dengan sesi bergambar bersama para peserta dan krew KOMSOS keningau yang hadir.
Bengkel ini mengharapkan, melalui latihan serta sesi yang diberikan, akan lebih ramai penulis baharu serta mereka yang mahu melibatkan diri dalam pelayanan KOMSOS bagi Zon Apin-Apin.
Total Comments:0