Bengkel Pra-Paskah bagi kanak-kanak

Tim Kateketikal Paroki Holy Trinity menganjurkan Bengkel Pra-Paskah sehari bagi 500 kanak-kanak pelajar Sekolah Minggu pada awal bulan Mac yang lalu. Selain kanak-kanak, para Katekis Pembimbing juga turut hadir untuk samasama memperdalamkan serta memantapkan iman.

Apr 03, 2014

TAWAU: Tim Kateketikal Paroki Holy Trinity menganjurkan Bengkel Pra-Paskah sehari bagi 500 kanak-kanak pelajar Sekolah Minggu pada awal bulan Mac yang lalu. Selain kanak-kanak, para Katekis Pembimbing juga turut hadir untuk samasama memperdalamkan serta memantapkan iman.

Bengkel tersebut dimulakan dengan Misa Kudus pada jam 9.00 pagi. Para peserta dibahagikan kepada dua kategori mengikut usia iaitu 7-11 tahun dan dari 12- 17 tahun. Antara sesi yang diberi ialah "Apa itu Pra- Paskah, Misteri Paskah, Minggu Suci, Persiapan perayaan Paskah dan Memahami Jalan Salib."

Bagi kanak-kanak kategori usia 12-17 tahun, mereka menonton tayangan video, "Passion of Christ". Melalui video itu, kanak-kanak menyedari kesengsaraan Yesus demi menebus dosadosa manusia. Mereka turut dibahagikan ke dalam kumpulan bagi merenung penderitaan Yesus seterusnya berkongsi bagaimana memperdalamkan iman, memahami makna Pra- Paskah, tiga tonggak tradisi Pra-Paskah dan menjadi anak-anak Tuhan yang lebih baik.

Sesi-sesi kerohanian telah mewujudkan semangat positif dan menyegarkan iman di kalangan peserta. Kanakkanak juga dilihat begitu tekun mendengar serta menyertai dengan aktif semua sesi. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel itu juga dapat menanam serta memupuk semangat cinta kasih Yesus dalam iman mereka.

Melalui permainan yang dijalankan sepanjang bengkel tersebut memberi peluang kepada para peserta untuk bertumbuh di dalam iman serta mengeratkan lagi semangat persahabatan, bekerjasama dan bekerja sebagai satu tim.

Semangat ini, jika dipupuk dan diamalkan pada usia muda, sudah pasti akan mewujudkan generasi masa hadapan yang penyayang serta harmoni serta memperlihatkan cinta kasih Tuhan yang agung melalui diri kanak-kanak.

Total Comments:0

Name
Email
Comments