Bina keluarga kudus, sukar tapi tidak mustahil
Saya sangat tertarik dengan keprihatinan Bapa Suci Fransiskus yang memfokuskan keluarga sebagai tema Sinode para Uskup yang akan datang.
Mar 21, 2014
Salam damai Editor,
Saya sangat tertarik dengan keprihatinan Bapa Suci Fransiskus yang memfokuskan keluarga sebagai tema Sinode para Uskup yang akan datang.
Sememangnya, Gereja sudah lama mewartakan keluarga sebagai ‘rumah doa’ dan ibu bapa sebagai Katekis pertama, tetapi misi ini masih belum dapat dicapai sepenuhnya.
Masih ramai kanak-kanak yang dihantar ke Sekolah Minggu tidak tahu membuat tanda salib, berdoa singkat atau menghafal doa-doa rasmi Gereja. Malah, apabila mengadakan aktiviti KKD, biasanya anak-anak tidak ikut serta, hanya ibu bapa sahaja yang hadir.
Ini adalah sesuatu yang menyedihkan kerana pada ketika ini, pelbagai budaya tidak baik sedang menular misalnya golongan yang menentang perkahwinan, golongan yang mempromosikan perkahwinan sejenis malah ada juga negara yang sudah ‘menghalalkan’ pengguguran bayi serta eutanasia. Malah penceraian dan perselisihan faham di kalangan pasangan yang baru berkahwin juga sudah kelihatan biasa berlaku.
Agak menyedihkan juga apabila Pesta Keluarga Kudus yang biasanya disambut pada akhir tahun tidak dirayakan dengan sungguhsungguh dalam peringkat Paroki. Sepatutnya, pada perayaan seperti inilah semangat Keluarga Kudus dari Nasaret dipromosi dan dikembangkan.
Marilah kita mendoakan kejayaan Sinode para Uskup pada bulan Oktober ini. Semoga ia dapat mengupas segala cabaran dan mempromosi hidup keluarga seperti Keluarga Kudus dari Nasaret.
Noemi
Catherina Ranau
Total Comments:0