Dari mana kayu salib Yesus berasal?

Tidak menghairankan, kayu di mana Yesus dipakukan 2,000 tahun yang lalu itu menjadi subjek banyak mitos dan legenda.

Mar 25, 2024


Tidak menghairankan, kayu di mana Yesus dipakukan 2,000 tahun yang lalu itu menjadi subjek banyak mitos dan legenda.

Orang Kristian zaman pertengahan percaya bahawa segala-galanya dibuat untuk tujuan tertentu dan kayu salib Yesus tidak mungkin dari pokok biasa-biasa atau rawak, tetapi dari pokok tertentu dengan simbolisme rohani yang hebat.

Salah satu kisah yang paling popular diceritakan dalam manuskrip dari abad ke-12 ialah On the derivation of the Wood of the Cross from the Tree of Knowledge. Dalam buku ini, seorang pertapa Kristian bernama Lambertus berkongsi legenda berikut:

Apabila Adam berumur kira-kira sembilan ratus tiga puluh tahun, dia mengatakan kematiannya sudah dekat tetapi sebelum meninggal dunia, dia mesti menderita penyakit yang teruk sehinggalah dia dapat menghidu bau pokok di mana dia telah berdosa terhadap Tuhan di syurga.

Dan dia berkata kepada Seth, anaknya, “ Pergilah ke timur, ke tepi lautan dan berserulah kepada Tuhan dengan tangan yang terhulur ke langit dan mungkin kamu akan mendapat pertolongan.”

Apabila Seth memenuhi amanat bapanya, dia dibawa oleh malaikat ke dalam syurga dan selepas dia mematahkan dahan dari pokok pengetahuan itu, dia dibawa kembali kepada bapanya.

Selepas menghidu kesegaran bau pokok itu, bapanya meninggal dunia. Oleh itu, Seth menanam dahan itu yang akhirnya tumbuh menjadi pokok dan tetap subur sehingga zaman Salomo.

Ketua-ketua pembina Bait Suci, apabila mereka melihat betapa bagusnya pokok itu, mereka menebangnya; tetapi tukang-tukang bangunan menolaknya.

Dan kayu itu hanya terletak dan terbiar di sana serta tidak digunakan selama 1090 tahun, iaitu sehingga Kristus datang. Dari kayu inilah telah dibuat salib Kristus.

Walaupun tidak ada bukti untuk mengesahkan hal ini, legenda itu menonjolkan hubungan rohani yang memang wujud.

Sto Paulus menyatakan dalam suratnya kepada orang Roma, “Sebab itu, sama seperti oleh satu pelanggaran semua orang beroleh penghukuman, demikian pula oleh satu perbuatan kebenaran semua orang beroleh pembenaran untuk hidup. Jadi sama seperti oleh ketidaktaatan satu orang semua orang telah menjadi orang berdosa, demikian pula oleh ketaatan satu orang semua orang menjadi orang benar” (Roma 5:18-19).

Atau ia juga boleh digunakan konteks dua jenis pokok, “Sebab sama seperti oleh satu pohon banyak orang telah menjadi berdosa, demikian juga melalui pohon yang lain banyak orang akan menjadi benar.”

Menurut legenda ini, melalui pokok yang sama, kedua-dua kematian dan kehidupan diberikan kepada manusia.

Sto Paulus mengaitkan hubungan rohani ini dalam suratnya kepada jemaat Korintus, “Kerana sama seperti semua orang mati dalam persekutuan dengan Adam, demikian pula semua orang akan dihidupkan kembali dalam persekutuan dengan Kristus ... Hai maut di manakah kemenanganmu? Hai maut, di manakah sengatmu? (1 Korintus 15:22,55)

Walaupun hubungannya dengan lagenda itu mungkin tidak benar, ia memberikan kita re- fleksi sempurna untuk memasuki Minggu Suci Paskah dan mengingatkan tentang karya-karya misteri rancangan Tuhan sepanjang sejarah dan bagaimana Yesus mengambil dosa kita serta memakukannya pada sebatang pokok. -- Aleteia

Total Comments:0

Name
Email
Comments