Doa untuk Sri Paus, Uskup Agung KL ungkap terima kasih kepada NGO Islam

Pada Mac 26 lalu, Uskup Agung Kuala Lumpur bertemu dengan wakil wakil Majlis Perundingan Malaysia untuk Organisasi Islam (MAPIM), menyatakan rasa terima kasihnya atas doa dan harapan mereka untuk kesembuhan Sri Paus Fransiskus.

Apr 12, 2025

 

KUALA LUMPUR: Pada Mac 26 lalu, Uskup Agung Kuala Lumpur bertemu dengan wakil wakil Majlis Perundingan Malaysia untuk Organisasi Islam (MAPIM), menyatakan rasa terima kasihnya atas doa dan harapan mereka untuk kesembuhan Sri Paus Fransiskus.

Pertemuan itu berlangsung di ke diaman Uskup Agung Julian Leow Beng Kim di Bukit Nanas. “Kami menghargai doa anda untuk Bapa Suci Fransiskus, kita perlu berdoa lebih banyak untuk keamanan, kerana keganasan bukan penyelesa ian.”

“Kita mengetepikan politik dan menyokong kehidupan, kita berikan tumpuan kepada apa yang biasa dan apa yang menyatukan kami,” kata Uskup Agung Julian. Mapim sebelum ini menghantar surat yang menawarkan doa untuk kesembuhan Sri Paus selepas prelatus itu dimasukkan ke hospital pada Februari 14 lalu dan mengucapkan terima kasih kepada Sri Paus atas sokongannya terhadap rakyat Palestine.

Semasa pertemuan itu, Uskup Agung Julian juga menyampaikan kepada tetamunya, buku “Dokumen Tentang Persaudaraan Manusia Untuk Keamanan Dunia dan Hidup Bersama”, yang juga dikenali sebagai Deklarasi Abu Dhabi. Dokumen itu, yang ditandatangani pada tahun 2019 oleh Sri Paus Fransiskus dan Sheikh Ahmed El-Tayeb, Imam Besar Al-Azhar, menggalakkan keharmonian dan kerjasama antara agama.

Kedua-dua pihak mengakui kepentingan perpaduan, terutaman ya pada masa yang mencabar ini, memperkasa komitmen mereka untuk saling menghormati dan bekerjasama.

Ahmad Awang, Pengerusi Persat uan Ulama Malaysia, menekankan bahawa perselisihan yang berteru san di Timur Tengah tidak berpunca akibat perbezaan agama tetapi dis ebabkan faktor politik dan lain-lain.

Uskup Agung Julian dan wakil-wakil Mapim juga menekankan perlunya kedua dua penganut Kristian dan Islam, agar bekerjasama dalam mempromosikan keamanan dan keharmonian, sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Total Comments:0

Name
Email
Comments