Enam tahun ketiadaan uskup, akhirnya Keuskupan Timika dapat uskup baharu
Vatikan telah melantik Fr Bernardus Bofitwos Baru, Osa, sebagai uskup baru keuskupan Timika, mengakhiri tempoh hampir enam tahun Sede Vacante.
Mar 22, 2025

TIMIKA, Papua New Guinea: Vatikan telah melantik Fr Bernardus Bofitwos Baru, Osa, sebagai uskup baru keuskupan Timika, mengakhiri tempoh hampir enam tahun Sede Vacante.
Pengumuman rasmi itu dibuat di Gereja Katedral Tiga Raja di Timika.
Bercakap kepada umat selepas Misa di Katedral, Fr Bernardus mengakui pada mulanya beliau enggan mengambil jawatan itu dan lebih senang mendedikasikan hidupnya untuk kajian alkitabiah sebagai friar kongregasi Sto Augustine (OSA).
“Namun, saya tidak dapat menolak perintah langsung dari Sangti Papa yang mahu saya menjadi prelatus baharu di Keuskupan Timika,” katanya.
Fr Bernadus menegaskan bahawa keputusannya untuk menerima pelantikan itu dipengaruhi oleh keperluan kuat bagi rakyat Papua untuk memiliki uskup asli yang memimpin keuskupan.
Pelantikannya telah dialu-alukan oleh para klerus. “Pilihan Vatikan untuk melantik Uskup Bernadus adalah keputusan yang betul dan baik.
Timika, yang terletak di wilayah paling timur Indonesia, adalah hab kritikal bagi rantau ini, kerana berhampiran operasi perlombongan Freeport Inc., salah satu syarikat perlombongan tembaga dan emas terbesar di dunia.
“Kepentingan bandar, sama ada secara agama dan ekonomi, menambah tanggungjawab kepada peranan baru Fr Bernadus sebagai Uskup,” kata seorang paderi Papua New Guinea. LiCAS News
Total Comments:0