Fransiskus akan berjaya reformasi kuria Roma

“Ini adalah sesuatu yang sukar tetapi saya percaya, Paus Fransiskus berpegang teguh pada prinsipnya dan saya percaya, dia akan berjaya mereformasi Kuria Roma,” ujar Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Emeritus Negara Vatikan pada Mac 7 lalu.

Mar 21, 2014

VATIKAN: “Ini adalah sesuatu yang sukar tetapi saya percaya, Paus Fransiskus berpegang teguh pada prinsipnya dan saya percaya, dia akan berjaya mereformasi Kuria Roma,” ujar Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Emeritus Negara Vatikan pada Mac 7 lalu.

Kardinal Tarcisio melayani di Vatikan sebagai Setiausaha Negara di bawah Paus Emeritus Benediktus XVI dari tahun 2006 dan sempat bertugas sebagai setiausaha kepada Paus Fransiskus sehinggalah bersara pada Okt 15, 2013.

Beliau mempunyai hubungan pelayanan dan kerjasama dengan Benediktus yang lama. Pernah menjadi setiausaha Kongregasi bagi Doktrin Iman semasa Ratzinger masih menjadi prefek kepada kongregasi tersebut.

“Benediktus adalah Paus terakhir yang menyertai Konsili Vatikan II maka tidak hairanlah beliau mempunyai semangat kolegial yang sejajar dengan Konsili serta membawa semangat itu ke dalam Kuria Roma, malah dalam pentadbiran Gereja sejagat.

“Benediktus menumpukan kepada kesatuan, kerjasama semua jabatan demi mencapai objektif yang sama. Ia merupakan tugas yang sukar.” Katanya, “Paus Fransiskus pula lebih ke arah mereformasikan Kuria dan menyeru untuk keluar dari tembok Gereja bagi mempromosikan Penginjilan Baru.”

“Kedua-dua Paus itu, menghadapi masalah yang sama dalam mereformasikan Kuria. Namun, Fransiskus telah membentuk Majlis Lapan Kardinal bagi membantunya. Semua keputusan akan jatuh ke bahu Paus namun Fransiskus akan dibantu serta keputusannya akan dinasihati serta disokong dengan bantuan para Kardinal.”

Meskipun tugas itu berat, namun Kardinal Tarcisio percaya bahawa Paus Fransiskus akan berjaya mereformasikan Kuria. “Ia akan memakan masa lama, tugas yang memerlukan pemikiran mendalam, perbandingan dan nasihat.”-- CNA/EWTN

Total Comments:0

Name
Email
Comments