FSIC kenang penumpang dan anak kapal pesawat MH 370
Earth Hour merupakan acara tahunan Tabung Hidupan Liar Sedunia dan disambut pada hari Sabtu terakhir bulan Mac yang meminta kediaman serta pejabat mematikan lampu dan peralatan elektrik selama sejam sebagai kesedaran ke atas perubahan iklim.
Apr 03, 2014
PAPAR: Earth Hour merupakan acara tahunan Tabung Hidupan Liar Sedunia dan disambut pada hari Sabtu terakhir bulan Mac yang meminta kediaman serta pejabat mematikan lampu dan peralatan elektrik selama sejam sebagai kesedaran ke atas perubahan iklim.
Sempena Earth Hour yang jatuh pada Mac 29 lalu, Kongregasi Franciscan Sisters of The Immaculate Conception turut tidak ketinggalan menyambut acara ini.
Sebahagian Sister FSIC yang berada dan melayani di Pusat Retret FSIC, Pace Bane, Kg Purak, Papar merayakan Earth Hour bersama 38 peserta Kursus Bimbingan dan Kaunseling Tahap II.
Selama sejam, apabila lampu dan peralatan elektrik di pusat retret itu dipadamkan, para Sister dan peserta berdoa Rosary serta hening di Chapel.
Doa Rosary tersebut dipimpin oleh Sr Dariah Ajap FSIC. Beliau turut mengajak para peserta untuk mendoakan pesawat MH370 agar Tuhan memberikan istirahat kekal kepada para penumpang serta anak kapal.
Total Comments:0