Gereja bantu kampung kecil urus sisa

Sebuah Gereja di Keuskupan Yogyakarta, Indonesia membantu sebuah dusun kecil yang terdedah kepada kesan iklim.

Apr 18, 2025


SEMARANG, Indonesia:
Sebuah Gereja di Keuskupan Yogyakarta, Indonesia membantu sebuah dusun kecil yang terdedah kepada kesan iklim.

Kini dusun itu telah menjadi model kebangsaan untuk pengurusan sisa yang diterajui sepenuhnya oleh penduduk kampung dengan berakar umbi dalam ajaran sosial Katolik dan Laudato Si’, dokumen Sri Paus Fransiskus.

Dusun Karangtanjung di Kampung Pandowoharjo, Sleman, menjadi dusun contoh yang mengadaptasi penyesuaian iklim dan tindakan alam sekitar dan diiktiraf pada tahun 2020 sebagai “dusun iklim utama kebangsaan”.

Dusun itu juga menganjurkan program pengurusan sisa berasaskan komuniti di kawasan. Baru-baru ini, pengurusan dusun itu menjemput Komisi Keadilan, Keamanan dan Integriti Penciptaan (KKPKC) dari Keuskupan Agung Semarang, untuk program pengurusan sisa berasaskan komuniti di kawasan itu.

“Kami dijemput untuk membina kesedaran kolektif untuk menguruskan sisa, yang sering menjadi masalah,” kata Fr Benedicktus Hanjar Krisnawan, Pr. yang menjadi ketua dalam komisi tersebut.

“Kami dijemput untuk membina kesedaran kolektif untuk menguruskan sisa, yang sering menjadi masalah. Dengan tadbir urus yang baik bermula daripada unit terkecil, iaitu keluarga, dusun ini akan membawa nilai ekonomi dan juga menjadi usaha untuk memelihara bumi sebagai rumah bersama kita, seperti yang dinyatakan oleh Bapa Suci Fransiskus dalam ensiklik Laudato Si’,” kata Fr Benediktus.

Paderi itu juga mengingatkan bahawa, “Bumi yang kita tinggal hari ini adalah warisan untuk generasi akan datang dan mesti dipelihara bersama”

Inisiatif itu juga memberi inspirasi kepada ahlli-ahli KKPKC dari wilayah Barat dan Timur Yogyakarta untuk belajar menguruskan sisa dari Karangtanjung.

Selain pembelajaran dari Komisi dari Keuskupan Agung Semarang, bengkel pengkomposan yang diketuai oleh P. Kianto Ajmodjo, M.Sc., dari Fakulti Technobiology dan pasukan Laudato Si dari Universiti Atma Jaya, Yogyakarta, turut datang ke dusun tersebut.

Pelawat datang ke dusun itu untuk memerhatikan secara langsung bagaimana usaha warga tempatan membentuk amalan mampan dan tindakan iklim.

“Saya gembira dan bersyukur kerana saya dapat belajar dan berinteraksi secara langsung dengan penduduk Karangtanjung untuk pengurusan sisa,” kata Fr Adolfus Suratmo Atmomartoyo, Pr., Pengerusi Komisi Keadilan, Keamanan dan Integriti Penciptaan (KKPKC) Yogyakarta Barat.

“Lawatan-lawatan dari KKPKC, unit ekologi dari universiti-universiti Indonesia merupakan penghormatan dan penghargaan terhadap kerja keras masyarakat Karangtanjung dalam menguruskan sisa dan melindungi alam sekitar,” kata Sunarto, ketua Dusun di kampung Karangtanjung.

“Komunikasi akan diteruskan dengan aktivis alam sekitar supaya semangat penduduk Karangtanjung dalam melindungi alam sekitar terus kekal,” katanya. --LiCAS News

Total Comments:0

Name
Email
Comments