Golongan Kristian “pada waktu tengah hari”

Kita selalu mengalami Yesus hari ini di dunia yang kelihatannya terlalu sesak dengan kebimbangan.

Apr 12, 2025


Kita selalu mengalami Yesus hari ini di dunia yang kelihatannya terlalu sesak dengan kebimbangan. Di tengah-tengah kebimbangan itu, bagaimana dapat memberikan ruang bagi Yesus?

Penulis kerohanian terkenal Tomas Halik, dalam sebuah buku baru-baru ini berjudul “The Afternoon of Christianity” menyatakan, “Memandangkan dunia kurang membuat ruang dan kurang jelas untuk Yesus, kita perlu mencari Dia lebih banyak lagi di tempat-tempat di mana Dia “hadir tanpa nama”.

Halik menasihati, “Marilah kita mencari Dia ‘dengan suaranya’ seperti Maria Magdalena; marilah kita mencari Dia dalam kalangan orang yang tidak dikenali di jalan-jalan seperti murid-murid dalam perjalanan ke Emaus; marilah kita mencari Dia melalui luka-luka di dunia seperti Tomas; Marilah kita mencari Dia setiap kali dia melewati pintu ketakutan yang tertutup; Marilah kita mencari Dia yang membawa hadiah pengampunan dan permulaan baharu.”

Halik menjemput kita untuk memberi sahutan yang lebih baik kepada tanda-tanda zaman, memandangkan kita hidup sekarang dalam apa yang dipanggil, “orang-orang Kristian pada waktu tengah hari sahaja.” Apakah maksudnya ini?

Halik membezakan tiga tempoh dalam sejarah Kristian. Dia melihat “orang Kristian pada waktu pagi” yang merupakan penganut Kristian sebelum 1500 AD, tempoh pra-moden, masa sebelum sekularisasi.

“Orang Kristian pada waktu tengah hari” baginya, adalah masa sekularisasi dan kemodenan, pada dasarnya dari abad ke -19 hingga generasi kita sendiri.

Golongan ini, baginya, merupakan masa kita hari ini, dunia pasca moden, di mana kita menyaksikan banyak perpecahan di dunia. Seperti yang kita tahu, ia memberi kesan terhadap iman dan agama. Bagi Halik, kesan semua ini adalah bahawa iman Kristian kini telah melampaui bentuk agama sebelumnya.

Wow! Itulah kenyataannya! Walau bagaimanapun, apa yang Halik katakan bukanlah iman yang mati, bahawa Kekristianan sedang mati, atau Gereja-gereja mati. Sebaliknya, baginya, Kristian hari ini kehilangan tempat tinggal budaya tertentu, di mana begitu banyak struktur sosial yang pernah disokongnya dahulu, kini runtuh. Ini menyebabkan iman Kristian kini perlu mencari bentuk baharu, ekspresi baharu, peranan sosial dan budaya baharu.

Dan bagaimana ia akan berubah? Kita tidak tahu. Tetapi inilah firasat Halik: Kekristianan tidak akan hilang identitinya kerana ketakutan atau agama akan hilang atau pupus.

Agama tidak akan hancur ke dalam kerohanian samar-samar, doktrin lemah, tanpa sempadan dan kerohanian yang lebih bersifat peribadi. Sebaliknya, apa yang menakutkan bagi ramai orang Kristian ialah fasa inkubasi Kekristianan masa depan, bukannya harapan dinamisme atau kepelbagaian.

Baginya, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh agama Kristian hari ini menjemput kita untuk membawa iman ke ruang baharu, seperti yang dilakukan oleh Paulus ketika dia membawa agama Kristian keluar daripada lingkungan Yahudi pada zamannya.
Berikut adalah bagaimana Halik menulisnya: “Saya percaya bahawa Kekristianan esok akan berada di atas semua komuniti hermeneutik baharu, bacaan baharu, tafsiran baharu dan lebih mendalam tentang dua sumber wahyu Ilahi, kitab suci dan tradisi, dan terutama daripada ucapan Tuhan dalam tanda-tanda zaman.”

Bagaimana ini semua dapat berlaku? Itulah tesis buku itu. Bab demi bab membentangkan kemungkinan bagaimana kita mungkin lebih berani membaca tanda-tanda zaman dan bukannya mengurangkan bahan-bahan iman Kristian, biarkan tanda-tanda zaman membawa kita kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang Kitab Suci dan tradisi, agar kita dapat mengumpulkan harmoni yang lebih baik daripada evolusi kosmik dengan Yesus yang dibangkitkan.

Kemudian, mengakui bahawa Kitab Suci dan tradisi Kristian tidak hanya hadir dalam iman dan ibadah Kristian kita, tetapi kedua-duanya juga hadir sedalam evolusi budaya dan masyarakat kita.

Akibatnya, kita perlu mencari Yesus Kristus bukan hanya dalam Kitab Suci kita, Gereja dan pelayanan ibadat kita, kelas katekismus kita, sekolah Minggu dan persekutuan Kristian kita yang eksplisit.

Walaupun sudah tentu kita perlu mencari Yesus di tempat-tempat itu, tetapi seperti Maria Magdalena, kita perlu mengenali suara-Nya yang muncul seperti penjaga tanah perkuburan; Seperti murid-murid yang tidak mengenali-Nya semasa perjalanan ke Emaus.

Apabila kita tidak lagi mempunyai jawapan, kita perlu mengenali kehadiran-Nya melalui orang asing yang selalu menyinggung kita; Seperti Tomas yang meragui, kita perlu mengatasi keraguan kita tentang kebangkitan-Nya dengan menyentuh luka-luka-Nya yang selalu mementingkan golongan miskin dan mereka yang menderita.

Seperti komuniti pertama Yesus yang bersembunyi di belakang pintu terkunci kerana ketakutan, kita perlu mengenali Dia pada bila-bila masa, di dalam ketakutan kita, kita mengharapkan sesuatu iaitu kedamaian.

Dan kita perlu mengenali kehadiran-Nya dalam diri kita setiap kali kita menerima pengampunan dan diberi kuasa untuk bermula semula.

Ini bukan masa mati, ini adalah masa kairos, ketika kita dijemput untuk membuka mata kita dengan cara baharu untuk mengenali Kristus yang berjalan bersama kita dalam pelbagai bentuk yang tidak kita kenali atau sedari. Hakcipta Terpelihara 1999-2025 @ Fr Ron Rolheiser

Total Comments:0

Name
Email
Comments