Hari Tentera Darat disambut dengan perayaan Ekaristi

Bersempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-92, Rejimen Ke-2 Kor Armor Diraja dan dibantu oleh Kerasulan Umat Bahasa Malaysia telah menganjurkan Misa di Gereja Immaculate Conception, Port Dickson.

Apr 12, 2025


PORT DICKSON:
Bersempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-92, Rejimen Ke-2 Kor Armor Diraja dan dibantu oleh Kerasulan Umat Bahasa Malaysia telah menganjurkan Misa di Gereja Immaculate Conception, Port Dickson.

Misa tersebut dipimpin oleh Fr Edwin Peter. Perayaan Ekaristi itu bertujuan untuk memohon keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan buat seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Sambutan Hari Tentera Darat ke-92 ini bukan sahaja diraikan dengan perbarisan dan aktiviti ketenteraan, tetapi juga dengan acara keagamaan seperti Misa Kudus, dan doa selamat yang dianjurkan oleh pelbagai unit di seluruh negeri.

Total Comments:0

Name
Email
Comments