Hidupi Pra-Paskah dengan menumpaskan kemiskinan

Lebih dua ribu umat beriman membanjiri Katedral St Mary sempena Hari Rabu Abu pada Mac 5 lalu. Misa yang dipimpin oleh Uskup Julius Dusin Gitom itu diadakan dalam tiga bahasa.

Mar 14, 2014

SANDAKAN: Lebih dua ribu umat beriman membanjiri Katedral St Mary sempena Hari Rabu Abu pada Mac 5 lalu. Misa yang dipimpin oleh Uskup Julius Dusin Gitom itu diadakan dalam tiga bahasa.

Dalam khutbahnya, Bapa Uskup Julius menerangkan bahawa Pra-Paskah dalam musim rahmat, masa untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti rohani khususnya dalam mempraktikkan tiga rukun tradisi Pra-Paskah iaitu berdoa, berpuasa dan bersedekah.

Ketiga-tiga amalan tradisi itu dapat menjadikan umat tentang kelemahan diri yang membawa kepada pertaubatan serta menyedari kasih sayang Tuhan dan sikap pengampunan-Nya yang unggul.

"Apabila kita melalukan doa, puasa dan bersedekah, lakukanlah ia dengan keikhlasan dan kerelaan hati, bukannya kerana menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Melakukan kebajikan haruslah berdasarkan kepada menyahut panggilan Tuhan yang Pengasih, melakukannya demi kesejahteraan dan membantu orang lain agar orang yang dibantu serta orang yang melihat dapat melihat kebaikan hati Tuhan, bukannya mempromosi kehebatan diri sendiri.”

Prelatus itu juga memetik pesan Pra- Paskah Paus Fransiskus bahawa, umat beriman dipanggil untuk menumpaskan kemiskinan dan mengambil langkah konkrit bagi mengatasinya. Pada wajah mereka yang miskin terlihat wajah Kristus maka dengan membantu golongan yang memerlukan ini, kita melayani Kristus.

Bapa Uskup juga menyeru umat beriman agar mematuhi tradisi berdoa secara peribadi dan komuniti, berpuasa serta bersedekah.

Beliau menggalakkan para umat agar bersedekah sepanjang musim Pra- Paskah sebagai tanda karya kebajikan kepada yang miskin oleh komuniti Katolik.

Sebelum upacara pengutusan, Bapa Uskup mengumumkan bahawa Mahkamah Persekutan telah menangguhkan penghakiman kebenaran kepada HERALD bagi mencabar larangan penggunaan kata “Allah” oleh Kementerian Dalam Negeri.

Uskup Julius meminta umat agar terus berdoa agar kes ini dibicarakan dengan adil dan saksama.

Total Comments:0

Name
Email
Comments