“Isnin tanpa daging” kembalikan martabatkan masakan tradisional

Komisi Keharmonian Alam Ciptaan Tuhan Keuskupan Keningau, mengajak umat untuk menyahut seruan Kempen Lindungi Bumi Kita, Lindungi Anakanak Kita (PROTEC) bagi Tahun Kedua yang bertema “Kurangkan Daging, Tenusu dan Pembaziran Makanan.”

Sep 18, 2021


KENINGAU:
Komisi Keharmonian Alam Ciptaan Tuhan Keuskupan Keningau, mengajak umat untuk menyahut seruan Kempen Lindungi Bumi Kita, Lindungi Anakanak Kita (PROTEC) bagi Tahun Kedua yang bertema “Kurangkan Daging, Tenusu dan Pembaziran Makanan.”

Seruan KKACT untuk berpuasa daging setiap hari Isnin sepanjang Musim Penciptaan 2021 mendapat sambutan menggalakkan daripada umat di pelbagai Paroki.

Misalnya pada minggu pertama Musim Penciptaan, Paroki St Theresa Tambunan mengongsikan beberapa menu makanan tanpa daging di laman media sosial KKACT.

Selain itu, umat dari Paroki Roh Kudus Sook, St Patrick Membakut dan individuindividu tertentu telah berkongsi video dan resipi masakan tanpa daging yang bukan sahaja menyelerakan, tetapi menyihatkan, kurang minyak dan seimbang.

“Isnin tanpa daging” ini juga mengembalikan martabat masakan tradisional Sabah yang banyak menggunakan sayuran dan buah-buahan tempatan.

Bagi umat yang mungkin sukar ‘berpisah’ dengan daging, Paroki St Theresa Tambunan menjual beberapa jenis sambal yang sedia untuk dimakan misalnya sambal buah liposu dan sambal belacan Lindos yang bertujuan menggalakkan umat terus mengurangkan pengambilan daging. Diharapkan amalan ini diteruskan bukan hanya pada Musim Penciptaan tetapi sepanjang masa.

Ajakan mengurangkan pengambilan makanan berasaskan daging ini tercetus dari kesedaran bahawa penghasilan makanan berasaskan daging membawa kesan kepada perubahan iklim.

Intensi Bapa Suci Fransiskus untuk bulan September 2021, menggesa umat Katolik untuk mengambil tindakan berani dan aktif untuk melindungi bumi.

Uskup Cornelius Piong, dalam perutusannya sempena Hari Malaysia ke-58 turut mendorong umat agar memeriksa cara hidup kita, dan beralih kepada “gaya hidup yang lebih sederhana dan lebih menghormati alam ciptaan Tuhan.”

Total Comments:0

Name
Email
Comments