Jualan amal untuk bantu komuniti Rohingya

Pejabat Caritas untuk Pembangunan Manusia Gereja St Elizabeth Kota Tinggi (POHD) bersama Creative Justice Commission, Schechinah Association dan Sulaman Kasih telah mengadakan jualan amal yang bertujuan membantu komuniti Rohingya di Kota Tinggi.

Mar 28, 2025

KOTA TINGGI:

Jualan amal ini diadakan di rumah kedai yang dipinjamkan oleh warga tempatan yang murah hati, Encik Liong. Barangan yang dijual dengan harga yang amat berpatutan lebih- lebih lagi dua bulan sebelumnya, beberapa tempat telah mengalami banjir.

POHD juga bekerjasama dengan Johor Outreach Community Centre (JOCC) di bawah naungan UNHCR yang membincangkan kepentingan menjaga kebersihan diri dan kesihatan.

Sementara itu terdapat juga aktiviti untuk kanak-kanak yang diaturkan oleh belia Gereja St Elizabeth yang diketuai oleh Shae Cha. Mereka menganjurkan acara permainan dan kesenian seperti melukis, membuat origami dan juga mewarna.

Secara amnya acara ini mendapat sambutan menggalakkan diharap agar acara sebegini boleh diadakan lagi pada masa hadapan.

POHD mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan juga para sukarelawan daripada komuniti remaja Rohingya.

Inisiatif ini adalah merupakan aksi nyata dalam merealisasikan matlamat dalam melayani sesama sebagai anggota gereja.

Total Comments:0

Name
Email
Comments